Hina Anak Perempuan Jasmin Hamid, 15 Netizen Bakal Berdepan Saman

Pelakon Jasmin Hamid nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pengguna laman sosial yang bertindak menghina dan mencela anak perempuannya.

Menerusi kemas kini terbaharu, Jasmin telah membuat laporan polis terhadap pihak yang terbabit selain mengeluarkan saman.

“Kepada para netizen bully cyber yang telah mencela anak perempuan saya, boleh tunggu saman dari saya.

“Ada lebih daripada 15 nama di dalam police report yang akan diambil tindakan undang-undang atas tindakan mencela yang tidak berasas di IG dan FB saya serta blog.

“Segala butiran bully cyber telah ada pada pihak polis,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Nekad bak kata Jasmin, tindakan itu sebagai amaran selepas sekian lama berdiam diri biarpun dipijak oleh individu yang tidak pernah dikenalinya.

“Jika selama ini saya hanya abaikan dan block segala komen negatif tapi kali ini saya bertegas memgambil tindakan kepada netizen bully cuber yang tidak bertanggungjawab serta agresif melemparkan celaan kepada anak perempuan saya tanpa sebab yang munasabah.

“Adakah anda tidak merasa takut mencela anak yatim? Mereka ni pun bukan supporters saya!

“Pihak berkuasa sentiasa menunggu butiran bully cyber yang masih ingin melemparkan celaan atau fitnah di laman sosial saya untuk diambil tindakan undang-undang!

“Saya harap tiada lagi nama-nama yang akan di tambah di dalam list cyber bully ini selepas ini!” tambahnya.

Sebelum ini tular gambar Jasmin bersama anak perempuannya di media sosial bersama kata-kata cacian yang menyifatkan anak gadisnya kelihatan seperti mak nyah.

Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati Jasmin hingga tampil menjelaskan identiti sebenar gadis itu.

jasminhamidjh

MOHON JAGA LISAN.. ATAU AKAN DI BLOCK!
Lebih PARAH jika di masukkan di dalam LIST SAMAN jika masih ada unsur MENGHASUT ATAU MENCELA! K
epada para NETIZEN BULLY CYBER yang telah MENCELA anak perempuan saya, boleh tunggu SAMAN dari saya.. Ada LEBIH DARI 15 NAMA di dalam police report yang akan di ambil tindakan undang-undang di atas tindakan MENCELA yang tidak berasas di IG dan FB saya serta BLOG.. Segala butiran BULLY CYBER telah ada pada PIHAK POLIS! Saya sebagai seorang IBU sudah pasti akan melindungi anak-anak saya dan mohon hak perlindungan dari pihak berkuasa sebagai seorang WARGANEGARA MALAYSIA..INI JANJI SAYA KEPADA KEDUA ARWAH IBUBAPA SAYA DAN KEPADA ALLAH untuk menjaga keluarga hingga akhir hayat saya..jika selama ini saya hanya abaikan dan block segala NEGATIVE COMMENTS tapi kali ini saya bertegas MENGAMBIL TINDAKAN kepada NETIZEN CYBER BULLY yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB serta AGRESIF melemparkan CELAAN kepada anak perempuan saya tanpa sebab yang munasabah.. Adakah anda tidak merasa takut MENCELA ANAK YATIM?? Saya tak minta duit sesiapa pun untuk membesarkan anak saya. Mereka ni pun bukan SUPPORTERS saya! Pihak berkuasa sentiasa menunggu butiran CYBER BULLY yang masih ingin melemparkan CELAAN atau FITNAH di laman sosial saya untuk di ambil tindakan undang-undang!Saya harap tiada lagi nama -nama yang akan di tambah di dalam LIST CYBER BULLY ini selepas ini!Moga ini boleh di jadikan IKTIBAR buat para CYBER BULLY sebelum memberi sebarang komen yang ada unsur-unsur NEGATIVE di laman sosial sesiapa sahaja..TERIMA KASIH kepada supporters saya yang MENGIRIMKAN NEGATIVE COMMENTS untuk saya bawa ke pihak berkuasa dan pihak pengadilan.Terima kasih juga kepada supporters saya yang tidak henti-henti beri semangat dan doa buat saya dan keluarga saya..

Sumber:gempak

Laporan sebelum ini melaporkan

Anak Perempuan Saya Macam Bapuk, Tapi Kamu…’ – Jasmin Hamid Warning Netizen Keji Anak

Laman sosial seolah menjadi salah satu cara untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang secara maya. Namun, ramai yang mengambil kesempatan berselindung disebalik papan kekunci untuk mengkritik sesiapa sahaja sehingga melampaui batas.

Pelakon otai, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila anak angkatnya turut menjadi mangsa buli dilabel mempunyai rupa seperti pondan di Instagram.

Kutuk muka mak nyah

Jasmin memuatnaik komen yang ditinggalkan netizen wanita tersebut dan mengatakan akan menyekat pengguna tersebut dan mengambil tindakan sebelum ianya merebak menjadi wabak.

Kepada para manusia yang berhati hitam, hati-hati bila nak komen kerana segalanya akan dihisab kelak. Sudah pasti saya akan block dan ambil tindakan pada orang-orang seperti ini sebelum ia menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

Kesian kepada pemilik account ni kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya. Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

Jangan pernah merasa sombong

Pelakon yang masih lagi aktif di kaca tv drama tempatan ini turut memberi peringatan kepada netizen terbabit mengenai perihal aib wanita itu yang masih tertutup. Tambahnya, mungkin wanita itu lebih cantik berbanding anak perempuannya itu namun hati wanita itu lebih busuk.

Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk. Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang dekat dengan kamu.

Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain. Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya. Kamu tidak tahu asal usul anak perempuan saya. Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kerana telah mencela anak yatim.

Anak angkat Jasmin yang dikenali sebagai Rohana atau Cicik dijaga oleh pelakon itu sejak Jasmin berumur 20 tahun. Selain Rohana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain, Lukhman serta anak kandung, Ian Haziq.

Sumber: Jasmin Hamid

Sumber:ohbulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *