Hubungi Bomba Selepas Puas Ketawa Melihat Kepala Rakannya Sangkut Dalam Mesin Basuh

Hubungi Bomba Selepas Puas Ketawa Melihat Kepala Rakan Sangkut Dalam Mesin Basuh. Hajat nak baiki mesin basuh semi auto yang rosak berakhir dengan kepala seorang lelaki tersangkut di dalam ruangan pengering pakaian.

Difahamkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya.

Membuat Pemeriksaan Mesin

Lapor NetEase, ketika mangsa membuat pemeriksaan mesin tersebut, mesin tersebut belum ditutup suisnya. Mujur rakan serumah menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suis dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.

Setelah Puas Gelak

Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpan rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.

Tiba Di Lokasi

Bomba tiba di lokasi kejadian cuba mengeluarkan kepala mangsa, namun gagal. Setelah mengambil kira keselamatan mangsa, bomba mengambil keputusan untuk membaraikan mesin basuh itu.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.

Komen lucu warganet

kes dia mcm kawan aku. dah terang2 depan tu mmg ada lubang longkang org tak tutup, dengan ramai org duk jalan semua elak lubang longkang tu. tiba2 kawan aku boleh terjatuh dalam tu! apa lagi, aku terduduk gelak sakan dulu. bila dah puas gelak, baru aku tolong angkat dia

Lepas bomba dh selamatkan dia,mesti kepala kawan dia pulak dia sumbatkan dlm tu

 

Elok2 nk repair, barai terus abg2 bomba kerjakan.. 😂😂😂 keselamatan awk lg utama.. mesin basuh boleh beli lain.. bertabahla gi dobi ye.. buat abg2 bomba, good job.. p/s klu aku la jadi bomba tu, sambil potong mesin tu sambil aku gelak.. mcm kelakor plak.. biase budak2 je sangkut.. ni org tua yg sangkut 😅

Sumber: The Reporter via apakes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *