“Ingatkan Scha Dah Bertudung” – Macam Kembar, Netizen Confuse Scha Alyahya Dengan Kakak Aliff Syukri

Kakak jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Noor Hayati mendapat perhatian netizen apabila wanita itu dikatakan memiliki wajah seiras pelakon Scha Alyahya.

Hayati atau lebih mesra dengan panggilan Yatie ini mula menjadi bualan netizen selepas dia berkongsi foto menerusi entri terbarunya semalam.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Yatie meminta pendapat netizen untuk memilih gaya tudung yang bersesuaian dengan dirinya.

“You all prefer yang depan ke belakang? Macam mana pun style tudung slide belakang tu lah yang paling selesa untuk Kak Yatie,” tulisnya.

 

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut kerana wajahnya saling tidak tumpah seperti Scha.

“Ingatkan @schaalyahya pakai tudung tadi. Rupanya @yatie_sendayutinggi. Manis jeee muka you,” tulis @_nuranalia

“Ingat Scha Alyahya tadi hihi… Cantik sis Yatie,” komen @nrsyafiqahsyakirah

“Terkejut tengok 1st gambar ingat Scha Alyahya… Tapi 2nd gambar tu lagi sesuai dengan k. Yati,” tulis @cik_wana1806

Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi

Sumber:gempak.

(Gambar) Kakak Datuk Seri Aliff Syukri Warisi Kecantikan Ibu

Ketika perhatian sibuk diberi kepada Datuk Seri Aliff Syukri, mungkin ramai yang tidak tahu wanita cantik yang juga usahawan produk kosmetik terkenal, Sendayu Tinggi ini mempunyai pertalian darah dengan dengan beliau. Noor Hayati Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie ini merupakan kakak kepada Aliff dan kedua – dua mereka juga merupakan anak kepada pemilikSendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Tidak Mahu Dibayangi Populariti Ibu

Mungkin ramai yang hairan mengapakah Aliffjarang dan sukar untuk melihat beliau menceritakan mengenai kakak dan ibunya itu. Bagi Aliff, beliau begitu hormat akan ibunya dan bertekad untuk berjaya atas nama sendiri tanpa dibayangi jenama Sendayu Tinggi. Buktinya, beliau kini sudah berjaya dengan produk D’Herbs yang diusahakannya bersama isteri tersayang.

Yatie Teruskan Perniagaan Ibu

Berbeza pula dengan Yatie, kerana beliau masih meneruskan jenama ibunya itu dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi.

Malah melihatkan wajahnya yang cantik, ternyata ianya diwarisi dari ibunya yang kelihatan awet muda meskipun sudah mencapai usia emas.

Sumber:hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *