“Ini di mana cutenya?? Buta ke juri?” – Penganjur Terkilan Netizen Bahan Fizikal Peserta Mr Cute Sabah

Jarang sekali kita nak dengar kat Malaysia ni pertandingan yang peragakan ke’handsome’an lelaki. Selalu asyik Miss World lah, Miss Universe lah kan. Tapi kali ni, sebuah penganjur kat Sabah adakan satu pertandingan bernama ‘Mr. Cute Sabah 2018’ yang bakal diadakan pada November nanti.

Susulan tu, pihak penganjur pun upload lah gambar peserta yang masuk final round di Facebookrasminya supaya netizen boleh vote dan tentukan pemenang Mr. Cute bagi tahun ni. Tup-tup ada pulak perkara yang tak best berlaku….


“Macam ni cute? Muka jawa, bibir tebal, hidung kemek dan senget”

Hampir kesemua gambar peserta yang dimuat naik kat Facebook dihujani komen-komen kecaman dan kutukan daripada netizen.

Yang agak kesian, peserta ni dihamburkan macam-macam kata-kata kritikan yang kononnya dorang tak layak masuk pertandingan ni sebab tak cukup ‘cute’, telinga terlalu besar dan muka bengis sangat. Aduh boleh tahan ‘jahat’ mulut netizen ni ye!

Sumber: Facebook

Bila perkara ni jadi viral, ramai juga yang anggap hal ni sebagai lucu dan geli hati. Tapi kalau fikir logik, kesian jugaklah peserta ni kena hina macam tu sekali. Boleh jatuh self confidence dorang tau.

 

Troll peserta? Penganjur nak bawa kes ke mahkamah 

Sedih dengan macam-macam kata yang dilemparkan kepada peserta, penganjur program ni, ISK EVENT’S akhirnya keluarkan kenyataan di Facebook untuk mungkin bawa kes ni ke mahkamah sebab perkara ni dah menjatuhkan maruahnya sebagai penganjur.

Meskipun komen-komen kutukan tu dah delete dan tukang komen pun dah mohon maaf, kesalahan yang dibuat tu dah bawa kesan negatif kepada pertandingan tersebut. Penganjur cuma minta, kalau nak komen dan bagi pandangan tu boleh tapi jangan sampai keluarkan komen memfitnah dan menjatuhkan reputasi masing-masing.

ISK EVENT'SKota Kinabalu, Sabah14.10.2018BERHUBUNG KOMEN EVENT SAMPAH MRC 2018Saya telah mendaptkan nasihat…

Posted by MR CUTE SABAH 2018 on Sunday, 14 October 2018

Papepun diharapkan netizen lebih matanglah sikit kalau komen kat Facebook tu. Tak baik hina-hina fizikal dan rupa orang. Semua orang tak perfect tapi yang penting ada confidence. Gitu… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *