Ini respon Shuk Sahar selepas didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk Pasir Gudang yang menjadi mngsa pencemaran sisa kimia berbhaya.

Shuk mohon maaf.SHUK terima teguran sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan.

“SAYA memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak,” kata penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar yang didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk Pasir Gudang yang menjadi mngsa pencemaran sisa kimia berbhaya.

Dakwaan berkenaan timbul apabila Shuk yang juga seorang penyampai segmen Geng Pagi Hot FM (GPH) menjadikan musibah itu sebagai bahan jenaka dengan berkata ‘kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti’.

Bagaimanapun, warganet mengaitkan kata-kata Shuk itu sebagai tidak peka dan prihatin.

Insiden itu berlaku ketika GPH menghubungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagi berkongsi perkembangan sesi persekolahan di kawasan berkenaan yang mana 111 sekolah terpaksa ditutup.

“Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.

“Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Hot FM dalam kenyataan bertulis memaklumkan, mereka mengambil serius dan menghargai aduan yang diterima daripada pendengar berkenaan isu (GPH) dan situasi yang berlaku di Pasir Gudang.

“Kami memohon maaf sekiranya isi kandungan GPH pagi ini menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang ramai.

“Kami akan terus memperbaiki penyampaian dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendengar. Teguran dan sokongan anda amat kami hargai,” tulisnya.

Pihak Hot FM turut mendoakan supaya semua yang terkesan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi musibah itu.

Komen.

Agaknya pelawak2 dari program realiti ni mmg jenis x sensitif dgn keadaan sekeliling. Hbis smuanya nk dijadikan bahan lawak. Kita b0ikot je pelawak2 yg mcm ni. Dah laa hambar lepas tu sendiri wat lawak sendiri ketawa.

Dulu nak jadi pengacara radio/tv, melalui jurusan masscomm. Hari ini, hmmmm. Asal boleh buat jenaka, syarikat rembat.

Siang DJ mlm main gitar di bukit bintang.. mlm kat bukit bintang tgok elok je shok ni sopan santun.. mkin sebab dia jaga nama kumpulan dia sentuhan busker.

Aku nie mmg stay pasir gudang. Mmg xpatut si malaun nie jadikan bencana nie sbg bahan jenaka. Kalau ko prihatin.. xkn kluar statement mcm tu. Ko xtau keadaan Kat sini mcm Mana… Jgn pandai main ayat je..

Sepatutnya mosus tu pun mintak maaf.. benda mcm ni pun nak buat jenaka berkaitan vaksin.. cannot brain laaaaa…

Update terbaru Shuk di IG.

Tp net1zen msh mrah..

Sumber: hmetro via coretanmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *