Inilah Wajah Isteri Dan Anak Pelakon Rosyam Nor Yang Ayu Dan Cantik Menawan Jarang Dilihat Di Media!

Wajah sebenar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda.

Cuba korang tengok gambar-gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak?

Ini Pula Anak Rosyam Nor Yang Cun Giler..20 Foto Anak Dara Rosyam Nor Ini Bikin Korang Nak Masuk Meminang. Berani Ke?

Dalam diam rupa-rupanya Rosyam Nor memiliki ‘taman bunga’ di rumahnya. Bunga yang paling dewasa dah jadi isteri orang, so kita usha pula bunga yang sedang mekar ni.

Ha… Nak lihat lagi wajah cun melecun anak Rosyam Nor? Well, tengok sikit-sikit je ok.

Namanya ‘Nur Anis’

Nur Anis yang manis ni baru je berusia 22 tahun rupanya. Fuh. Muda lagi!

Ada bisnes sendiri!

Well, walaupun masih muda, gadis jelita imi mengusahakan butik muslimah yang dikenali sebagai Bidadari Contemporary. Bukan calang-calang anak Rosyam ni!

Anis, mum & sisters!

Anis & Rosyam Nor, The Super Dad!

Kredit foto: Instagram Nur Anis

Sumber:sweetnutella

Sumber : http://kisahlogik.comvia http://ohbulan.com

“Ini tahun terakhir saya guna nama Rosyam Nor”

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menempa kemasyhuran dengan nama Rosyam Nor, pelakon dan usahawan terkenal itu berhasrat untuk mengubah panggilannya kepada Rosyam Yes pula.

Berkuat kuasa 2020, selebriti yang dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 2013 itu mahu memperkenalkan panggilan sedemikian sebagai perancangan masa depan.

Menurut pengasas pasar raya Rosyam Mart itu lagi, perubahan sedemikian disifatkannya sebagai sangat penting bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaannya.

“Saya takkan guna lagi nama ‘Rosyam Nor’ bermula tahun 2019, patutnya dari tahun lepas lagi.

“Saya akan guna nama ‘Rosyam Yes’, sebab lama sangat ‘no’ saja,” katanya dalam nada berseloroh ketika berkongsi pengalaman sempena persidangan Jiwa SME 2019 anjuran Astro AWANI.

OLEH kerana sudah terlalu lama guna nama Rosyam Nor, pelakon ini mahu menukarnya menjadi Rosyam Yes pula. – Gambar Astro AWANI

Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin berkongsi kisah kejayaannya dalam gelanggang seni dan perniagaan di hadapan lebih 350 peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan.

Pengarah Urusan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu merupakan salah seorang speaker yang muncul dalam persidangan Jiwa SME 2019 yang berlangsung selama dua hari di hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Dalam sesinya, Rosyam berkongsi kepayahan yang membesar di setinggan sebelum mencipta kejayaan untuk bergelar selebriti berjaya dan merintis jalan untuk menjadi usahawan yang hebat.

Persidangan Jiwa SME 2019 merupakan platform komprehensif yang menghubungkan usahawan-usahawan PKS untuk membina hubungan, mencipta peluang serta menginovasi idea bagi memberi nafas baharu kepada perniagaan mereka.

Sumber:astroawani

‘Jangan jatuhkan perniagaan orang’ – Rosyam Nor

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengarah dan usahawan Datuk Rosyam Nor berharap budaya tikam-menikam dan cubaan menjatuhkan perniagaan orang lain dihapuskan dalam diri setiap individu terutama dalam kalangan usahawan.

Jelasnya, tindakan itu disifatkan sebagai satu persaingan tidak sihat yang tidak sepatutnya wujud dalam keusahawanan dan perniagaan.

“Budaya tikam-menikam dan jatuh-menjatuh ini saya rasa memang ada dan banyak. Mungkin melalui kata-kata atau pun dalam sekarang ini di media sosial dan saya rasa itu tak sihat.

Jadi, saya nak sarankan kepada semua bahawa apa yang kita buat pada orang, Allah akan buat balik,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Jumaat

Malah, katanya, persaingan sihat dan tidak sihat berlaku dalam masyarakat pelbagai kaum dan bukan hanya melibatkan usahawan Bumiputera.

“Ini berlaku dalam semua bangsa dalam dunia, di Malaysia juga. Itu dinamakan persaingan. Namun sama ada persaingan itu sihat atau tidak. Kalau yang menjadi tidak sihat itu ialah apabila kita cuba menjatuhkan perniagaan seseorang itu tidak sihat.

“Namun kalau kita bersaing secara cantik, kita mungkin dapat rasa cemburu kejayaan seseorang, itu akan menyedarkan diri kita bagaimana untuk kita turut berjaya seperti orang itu. Kalau kita cuba menjatuhkan perniagaan orang, perniagaan kita juga akan jatuh,” kata beliau lagi.

Justeru, beliau mencadangkan agar lebih baik usahawan menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan mereka berbanding bersikap negatif terhadap individu lain.

Dalam pada itu katanya, kekangan utama kepada usahawan Bumiputera ialah pengalaman dalam menceburi dalam bidang perniagaan.

Pada masa sama, masalah modal menjadi isu kedua kerana ketika ini banyak agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pembiayaan perniagaan kepada mereka.

Sumber: astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *