Isteri pernah beritahu kalau saya nak kahwin lagi, dia benarkan tetapi saya tidak mahu’ – Edika Yusof tetap setia walaupun isterinya OKU

Wajahnya dulu seringkali muncul dalam bidang peragaan mahupun lakonan. Watak Jeffri yang dilakonkan di dalam filem Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam tidak dilupakan peminat-peminatnya. Kini, namanya sekali lagi meniti di bibir peminatnya apabila kisahnya yang setia menjaga isterinya yang lumpuh tular di media sosial.

Ketampanan wajahnya juga membuatkan segelintir peminatnya membuat andaian dia merupakan seorang ‘playboy’. Tetapi, sangkaan mereka meleset sama sekali apabila kisah sebenar pelakon ini didedahkan.

Edika Yusoff dikatakan mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka. Kerana kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isterinya disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafik.

Ketika orang lain sudah tewas dengan dugaan dan cabaran di dalam perkahwinan, tetapi dia memilih untuk setia dan berkorban demi cintanya terhadap isteri. Dan ketika lelaki lain mengeluh menjaga si isteri di dalam pantang, Edika lelaki tabah menjaga isterinya yang sakit selama berbelas tahun!

Perkongsiannya ketika ditemubual oleh bersama radio Sinar pada tahun 2017 itu membuatkan netizen sebak dengan kesetiannya. Dua tahun selepas berkahwin, isterinya jatuh sakit dan lumpuh. Isterinya juga tidak boleh bercakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.

“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.

Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.”

Edika tidak pernah menganggap dan melayan isterinya seperti seorang yang lumpuh malah melayan isterinya seperti manusia sempurna.

“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.”

Di sebalik dugaan itu, ada yang turut bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak memilih untuk berkahwin lain? Tapi katanya kahwin lain bukan selesaikan masalah. Biarpun dia punyai hak untuk memilih berkahwin lagi, tetapi dia enggan berbuat demikian dan memilih jalan untuk mengharungi susah senang bersama dengan isterinya.

“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.

Isterinya, Nor Hidayah juga pernah memberikan keizinan kepada Edika untuk berkahwin lagi tetapi Edika menolak.

“Isteri juga pernah beritahu, kalau nak kahwin lagi dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hari nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan. Jadi kalau saya nak ‘pulangkan‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.

“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.”

Di akhir temubual itu, Edika Yusuf turut menitipkan pesanan kepada para suami di luar sana agar mengamalkan sikap sama-sama susah dan senang bersama isteri.

“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga. Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.”

Sumber: Sinar, Mingguan Wanita

Sumber:thereporter

“Muka Ini Pernah HEROT & Tubuh Tinggal RANGKA. Saya Terpaksa Bergantung Hidup Pada Edika Yusof Kerana LUMPUH” Nor Hidayah Yusri

Zaman kegemilangan Edika Yusof merupakan suatu fenomena yang diingati oleh semua peminatnya. Meninggalkan dunia glamor kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan adalah punca kelibat pelakon Maria Mariana ini hilang dari radar industri seni.

Sinar kehidupan Edika semakin bersinar setelah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Nor Hidayah Yusri, 14 tahun yang lalu. Sebagai pasangan berkahwin, pasti mengimpikan hidup bahagia kekal hingga hujung nyawa.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.

“Saya beruntung memperisterikan Nor kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami.

5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.

Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.

Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.

Saya perlu mengangkat Nor untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya. Lebih parah lagi ketika itu hampir semua memorinya hilang. Mujur dia masih mengingati saya dan ahli keluarga rapat.

Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.

Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.

Sebak Dengan Pengorbanan

“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan. Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” terdengar getar pada hujung suara Nor Hidayah saat memulakan bicara.

Dalam mengatur perjalanan hidup ini kami perlu berada dalam satu team. Kalau hanya Edika sahaja atau satu pihak yang bagi komitmen, of course akan sampai masa yang dia akan fed up.

Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan senang nak kekalkan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan macam saya ini dan bersuamikan lelaki yang bernama Edika Yusof. It’s not an easy journey. Tapi alhamdulillah dan insyaAllah, we can do this,” ucap Nor yang berjiwa kental.

Senyuman yang terukir di bibirnya tidaklah selebar mana tetapi nampak jelas Nor berusaha menerima hakikat kehidupan. “Saya selalu reda, tawakal dan yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya bukan jenis yang suka duduk termenung, meratapi nasib dan fikir kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.

Bercerita tentang perkembangan kesihatan wanita yang berusia 39 tahun ini, “Tahap kesihatan kalau nak banding dengan hari pertama sakit 12 tahun lepas, memang ada banyak perbezaan. Sebab masa mula-mula dahulu saya betul-betul lumpuh dari dada hingga ke hujung kaki.

Masa itu saya memang betul-betul lemah, tangan memang tak kuat nak bergerak. Memang kira terlantar sahaja. Telinga tak dapat dengar selama enam bulan dan suara pun tak boleh keluar. Semua komunikasi kena bertulis di atas kertas.

Anak mata tidak berada di tempat yang sepatutnya dan muka sebelah kiri strok. Pada masa itu, makan pun tak ada selera langsung. Memang kurus sangat-sangat tinggal tulang untuk tiga tahun pertama selepas jatuh sakit.

Lepas tu beransur-ansur ambil suplemen baru ada tenaga untuk buat fisioterapi dan senaman sendiri di rumah. Sehingga kini saya masih sihat tetapi, pergerakan dari dada hingga ke hujung kaki masih sama, tidak boleh bergerak.

Sumber:nona

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *