Jadi Ariana Rose Balik Please, Peminat Sedih Dan Kecewa Bila Lihat Foto Terbaru Fathia Latiff

Peminat pelakon Fathia Latiff berharap agar dia dapat kembali fokus dan kembali memeriahkan industri hiburan dengan lakonannya semula.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fathia berkongsi gambar terbaharunya dan mengundang pelbagai komen daripada peminatnya.

“Killin’ some time,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap Fathia agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak menjejaskan nama baiknya serta kembali semula mewarnai industri lakonan semula.

“@rozario_de_bull: Dulu terbaik lakonan kau. Skarang apa dah jadi. Berubahlah.”

“@theariffmustaqiem_: Tak sukalah kak Tiya macam ni, nak kak Tiya yang dulu please.”

“@imanhas_: I really miss my Ariana Rose, hope you can make a new comeback soon. You are so beautiful and talented, don’t waste your talent Tya, we love you @fatiyalatiff.”

“@maishanasmi: Kembalilah ke pangkal jalan Fathia. Ingatlah Allah tetap sayangkan kita.”

“@saffqueen: Walauapapun jadi dalam life you. I just nak cakap jangan salah pilih jalan. Allah sentiasa ada bersama you. Ingat Allah, hati you akan tenang. Trust me.”

Sumber:gempak

Doktor Sarankan Saya Rujuk Pakar Psikiatri Ada Gejala Bipolar – Fathia Latiff

Pernah berazam mahu berubah dan tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan sensasi apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip sekali dengan wajahnya tersebar.

Tentu sekali ia mendapat kritikan ramai dan ada juga yang tertanya-tanya apa agaknya masalah yang beliau hadapi sehingga kehidupannya dilihat tidak terurus.

Menerusi portal Kosmo Online, Fathia ada membuat pendedahan tentang penyakit yang dihidapinya. Mempunyai gejala Bipolar, doktor menyarankannya untuk merujuk dengan pakar psikiatri dan melakukan pemeriksaan berkaitan tahap kesihatan mentalnya.

Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan gejala gangguan bipolar yang mungkin dialami. Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan rawatan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri.

Sedang cuba untuk memperbaiki dirinya, Fathia sekali lagi memohon maaf. Kesihatan mental ini memang penting dan kami harap Fathia satu hari nanti akan terbuka hati untuk mendapatkan rawatan. Setiap masalah yang ada jangan dibiarkan terlalu lama.

Sumber Berita : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *