“Jangan Sampai Aku Kuar Bukti Satu-Satu Perangai Kau Sis!” – Intan Liana Saleh Angin Dengan Siapa Tu?

Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh dilihat meluahkan rasa geram terhadap seseorang yang difahamkan memfitnah dengan menjaja ceritanya.

Merujuk kepada entri di Instagram Stories miliknya, Intan seakan memberitahu dia dituduh mencetuskan provokasi namun sebaliknya yang berlaku.

Intan juga menegaskan kepada individu tersebut supaya tidak mencabar dirinya untuk menunjukkan segala bukti yang ada.

Pun begitu, Intan tidak tidak pula menyatakan siapa gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah.

 

 

 

 

Artikel berkaitan

Izreen Azminda Hamil, Ini Respon Intan Saleh…

Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah kepada aktres terbabit yang sedang hamil.

Ucapan itu disampaikan Intan melalui jawapan kepada pengguna melalui Instastory sebentar tadi.

“Alhamdulillah… Tahniah ex madu. Insya-Allah bonda pun berhak bahagia. Gitu.

“On the way lah ni ke jalan bahagia,” tulis Intan.

 

Izreen sebelum ini telah mengumumkan kini sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata sulung bersama Ude.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.

 

 

 

Sumber:astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *