Jarak usia 16 tahun, Intan Najuwa selamat bertunang dengan usahawan dari Kedah – Tak Sangka Bukan Calang-Calang Tunang Dia

Intan Najuwa mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekasih Paksa Rela gandingan bersama Remy Ishak.

Lahir pada 18 Ogos 1997, Intan kini menginjak usia 22 tahun. Siapa sangka pada usia semuda itu Intan telah memilih untuk mengikat tali pertunangan. Apa yang menarik, beza usia antara mereka dan difahamkan tunangnya bukan calang-calang juga.

Meskipun jarak perbezaan usia 16 tahun namun ia tidak menjadi halangan kepada pelakon Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka bernama Razrul Anwar Rusli, 38 tahun.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran pemuda tersebut.

” Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.

” Sebenarnya kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.

” Saya tidak pernah berkawan dengan seseorang yang jauh lebih tua dari usia saya. Selepas mengenali dia, saya rasa keserasian itu ada.

” Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya,” katanya kepada mStar.

Majlis pertunangan diadakan di Thistle Hotel, Johor Bahru pada 18 Ogos adalah bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22. Ia berlangsung meriah dengan dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Aktres drama Tuan Danial itu mengenakan sepasang busana rona ungu itu kelihatan cantik, sama padan dengan tunangnya yang begitu manis.

Dalam pada itu, Intan memberitahu belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis pernikahan disebabkan jadual kerja yang sangat padat.

Namun merancang untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan.

” Kami belum ada tarikh tetap… tapi dalam perancangan nak ikat enam bulan.

” Kalau boleh saya taknak bertunang lama-lama. Tapi disebabkan jadual kerja kami yang agak padat membuatkan kami tiada tarikh sebenar.

” Tengoklah macam mana… kalau dah confirm nanti, saya akan kongsikan dengan semua,” katanya.

 

Tunang bukan calang-calang

Berdasarkan carian. tunang Intan iaitu Razrul Anwar Rusli ini merupakan seorang usahawan berasal dari Kedah, yang kini berusia 38 tahun.

Selain itu, Razrul juga merupakan Presiden Malaysia Professional Assosiation (MPA) dan beliau juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar & razrulanwar.com/#razz via rimbabara

Leave a Reply