Jururawat Kejam Tarik Rambut Pesakit Tua di ICU

Sudah menjadi tugas seorang jururawat untuk menjaga pesakit mereka lagi-lagi dekat unit rawatan rapi (ICU).

Tapi menyedihkan bila sebuah video menunjukkan seorang jururawat merawat pesakit warga tua dengan kasar masa di ICU viraldi media sosial. Kejadian yang berlaku di Hospital Buddhachinaraj Phitsanulok, Thailand ni dikritik hebat oleh orang ramai.

Menurut mStar, di dalam videopendek tu, seorang jururawat wanita kendalikan seorang pesakit warga emas yang berada dalam keadaan lemah serta terbaring atas katil hospital dengan kasar.

Sumber: Daily Mail

Dapat dilihat, dia melemparkan bantal kepada lelaki tua itu sebelum dengan kasar menarik katilnya serta tarik rambut untuk meletakkan bantal di belakang kepalanya.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh Pawarana Ketpan dan diupload di Facebook dengan kapsyen,

“Adakah ini etika seorang jururawat yang dituntut oleh mereka? Atau hanya dia seorang?

“Bapa saya pernah sakit teruk, tapi ibu saya sentiasa bersamanya di hospital. Tapi jika ibu tidak bersamanya, adakah dia juga akan diperlakukan seperti ini?

“Adakah dia betul-betul pasti tak ada siapa yang melihatnya?”

Sementara itu, jururawat yang bertanggungjawab serta tidak diberitahu namanya telah dipindahkan oleh pihak hospital bagi melaksanakan tugas lain yang tidak memerlukan interaksi dengan pesakit.

Pun begitu, rata-rata netizen berpendapat agar jururawat tersebut dipecat supaya perkara yang sama tidak berulang lagi kepada pesakit lain.

Menurut Coconuts, ekoran video tersebut, hospital kerajaan di utara Wilayah Phitsanulok itu mengadakan sidang akhbar bagi memohon maaf kerana tindakan kakitangannya.

Sumber: The Nation

Timbalan Pengarah Hospital, Dr Visith Sathienwantanee keluarkan permohonan maaf terbuka kepada pesakit lelaki berusia 90 tahun yang sedang dirawat di hospital berkenaan kerana menghidap emfisema.

“Buat masa ini, apa yang ingin kami sampaikan kepada orang ramai ialah kami tidak mengabaikan kejadian itu, dan kami ingin memohon maaf. Kami akan menyiasat apa sebenarnya berlaku dan akan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasinya.”

Sumber: Daily Mail

Sementara itu, jururawat terbabit yang namanya tidak didedahkan telah dipindahkan untuk melaksanakan tugas lain yang tidak memerlukan interaksi dengan pesakit.

Sampai hati buat pesakit yang takde daya macam tu.

Sumber: lobakmerah

Video:

jururawat

Jururawat Kejam Tarik Rambut, Baling Bantal Ke Muka Pesakit Koma Di ICU

Posted by Media Sentap on Thursday, 27 September 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *