Kamen Rider Kahwin Di Malaysia, Pilih Orang ‘Kelate’

Foto perkahwinan boleh dikatakan antara perkara yang penting bagi pasangan raja sehari kerana ia menjadi item yang boleh disimpan sepanjang hayat. Pastinya setiap foto tersebut merakamkan momen-momen indah ketika bergelar raja sehari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan raja sehari untuk mengadakan outdoor photoshoot selepas majlis bersanding selesai. Ada di antara mereka yang menukar busana seiring dengan tema yang mereka inginkan. Di Twitter, pasangan pengantin baru ini telah berkongsikan foto perkahwinan mereka yang mengenakan busana bertemakan superhero.

Superhero Kamen Rider

gambar kahwin

Tema superhero ini dipilih oleh pihak pengantin lelaki, Alif Hakim Azhar yang merupakan peminat tegar siri animasi Kamen Rider. Alif juga ada menjual produk mainan cosplay ini secara online dan mempunyai pelbagai koleksi mainan cosplay di rumahnya.

Suamiku Kamen Rider…

gambar kahwin

gambar kahwin

Alahai..sweetnya Kamen Rider..

gambar kahwin

gambar kahwin

gambar kahwin

Geng superhero datang majlis kahwin

gambar kahwin

gambar kahwin

Sumber: Alif Hakim AzharHisyam Azmy

sumber artikel: ohbulan

NAK KAHWIN? TETAPI, APA ITU PERKAHWINAN?

“Setiap sesuap nasi yang diberikan suami kepada isterinya dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dari Allah SWT”

Cuti sekolah akan menjelang tiba tidak lama lagi, pasti ramai pasangan yang sedang sibuk mempersiapkan diri untuk majlis perkahwinan mereka. Pasti masih ada yang terkial-kial buat procedure itu ini kan? Jangan lah terlalu relax, nanti bila dah hampir menjelang tarikh pernikahan, ada sahaja yang tercicir atau lupa nak settle, contohnya HIV Test ke, menghadiri kursus pra perkahwinan ke, dan bermacam-macam lagi perkara yang harus dipersiapkan sebelum menjelangnya majlis anda!

Opps tapi sebelum itu, sebelum anda menjadi seorang suami mahupun isteri, sudahkah anda khatam tentang apa itu rukun syarat nikah? Ha, nak kahwin je kan, tapi rukun pun ingat-ingat lupa kan?

Perkataan nikah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud perkahwinan, penyatuan dan pencantuman. Dalam Islam, istilah ini membawa pengertian: Suatu akad yang ditetapkan atau diluluskan oleh syarak, bertujuan untuk membolehkan suami isteri melakukan persetubuhan dan menikmati kasih sayang dalam membina rumah tangga yang bahagia.Berdasarkan pengertian di atas, jelas menunjukkan bahawa akad merupakan asas utama dalam melaksanakan perkongsian hidup antara sesama manusia.

Perkahwinan adalah ibadah

Ibadah dalam Islam membawa maksud yang terlalu luas kerana Islam memandang setiap amalan yang dilakukan oleh setiap umatnya dengan tujuan ikhlas untuk mendapat redha Allah dan mendapat ganjaran pahala. Setiap sesuap nasi yang diberikan suami kepada isterinya dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dari Allah SWT.

“Nafkah apa pun yang engkau berikan dengan harapan memperolehi keredhaan Allah, pasti engkau akan mendapat pahalanya, bahkan apa sahaja yang engkau suapkan ke mulut isterimu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Saad Ibni Abi Waqas r.a.

Abdullah bin Abas pernah mengatakan, “Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadat

Memandangkan betapa agungnya kurniaan Allah terhadap martabat manusia, maka Allah telah menganugerahkan beberapa hikmah perkahwinan yang perlu, berikut adalah hikmah perkahwinan:

Perkahwinan merupakan cara yang paling seni untuk mendapatkan pengampunan Allah. Rasulullah pernah bersabda, maksudnya “Sesiapa yang membiayai kehidupannya sendiri dengan niat isti’af (tidak meminta-minta belas kasihan daripada orang lain) itu adalah sedekah dan sesiapa yang membiayai isteri dan anak-anak dan ahli keluarganya adalah sedekah” Hadis Riwayat oleh Ahmad bin Hanbal

Perkahwinan juga dapat menguatkan keutuhan spiritual dan kekuatan material. Oleh sebab itu, Rasulullah menyaran umah Islam supaya melaksanakan perkahwinan agar dapat melahirkan anak cucu yang soleh, kuat jasmaninya, sihat tubuh badan dan bijaksana. Sanggup berkerja keras dan berjuang demi melindungi bangsa serta negara daripada serangan musuh. “Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada hari kiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak daripada umat-umat yang lain.” Hadis Riwayat oleh Al-Baihaqi

Perkahwinan dapat menjaga kesihatan. “Jika umatku menghalalkan lima perkara mereka pasti akan ditimpa kehancuran, iaitu apabila:

Mereka saling laknat melaknat
Mereka minum arak
Mereka memakai pakaian sutera (iaitu mempamerkan kekayaan dan kemewahan)

Mereka menyimpan perempuan simpanan dan banyak lelaki memuaskan nafsu sesama lelaki dan perempuan memuaskan nafsu sesama perempuan

Perkahwinan boleh menambahkan kegiatan mencari kehidupan dan mempertengahkan kedudukan ekonomi.

Perkahwinan dapat menghindarkan diri dari melakukan sebarang dosa. Islam menyarankan kaum lelaki yang belum berkemampuan dalam mendirikan rumahtangga untuk menjaga kemuliaan dan kesejahteraan agama. “Katakanlah wahai Muhammad kepada kaum lelaki yang beriman akan menutup pandangan mata dan menjaga kesucian diri (dari perbuatan zina) yang demikian itu akan membuat diri mereka lebih suci. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Perkahwinan juga dapat membuatkan seseorang mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, kerana ketengan jiwa seseorang itu menjadi ukuran setiap kebahagiaan.

Perkahwinan dapat menghubungkan silaturahim antara pengantin lelaki dengan pengantin perempuan atau keluarga lelaki dengan keluarga perempuan.

Ketujuh-tujuh hikmah perkahwinan ini tidak akan dapat dicapai sekiranya tidak wujud perasaan saling hormat menghormati, tolak ansur dan persefahaman antara pasangan suami isteri. Sekiranya ianya berlaku, hubungan suami isteri itu akan terdedah kepada krisis-krisis rumah tangga yang menjurus mereka ke arah perceraian. Oleh itu, sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, ketahui dahulu tentang apa itu hukum perkahwinan. Wallahualam.

sumber:baitulmuslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *