“Kamu sudah selingkuhin aku, Aku mau PUTUS”-Girlfriend Curang, Boyfriend Guna Cara ‘Savage’ Minta Putus

Bayangkan bila korang dapat tahu pasangan korang ‘kantoi’ curang di belakang korang, apa yang korang akan buat?

Macam lelaki ini, lepas dia tahu teman wanitanya curang dengannya, dia ambil keputusan untuk minta putus dengan wanita tersebut. Bagaimanapun, cara dia buat ini memang tak pernah dibuat orang. Rare habis cara dia malukan gf dia.

Teman Lelaki Pasang Billboard Minta Putus

Menurut planetmerdeka.com, sebuah billboard di Semarang, Indonesia telah berjaya menarik perhatian pemandu kenderaan dan pejalan kaki.

Mana taknya, gambar seorang wanita dengan tulisan ‘PUTUS’ ini telah membuatkan ramai orang capai telefon mereka dan mula mengambil gambar dan video billboard ini. Hahaha bukan selalu boleh tengok orang minta putus macamni

Nampaknya lelaki ini sanggup keluarkan duit semata-mata nak tunjuk betapa kecewanya dia selepas dicurangi teman wanitanya ini.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut membawa pembesar suara untuk memberitahu orang di kawasan itu yang teman wanitanya curang.

Seorang pengguna Twitter @myxzyptlx turut memuatnaik drama yang berlaku di situ bila teman wanita lelaki ini menyuruhnya untuk menurunkan billboard tersebut tapi lelaki tersebut tetap berkeras untuk memalukan teman wanitanya. Mahal kot, takkan nak pasang sekejap je

Video yang dimuatnaik di Twitter setakat ini telah di-retweetsebanyak 29,000 kali dan mendapat 17.8 likes.

Apa pendapat korang? Rasanya dorang patut bincang elok-elok atau cara macam ini bagus untuk bagi ‘pengajaran’ kepada orang yang curang?

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *