Kanak-kanak ini takut dan menangis apabila diberi handphone, tak sangka ini puncanya

Teringat admin dulu masa zaman budak-budak, teng-teng, congkak, galah panjang dan tutup botol tu la yang admin selalu main. Masa tu, gadget macam handphone ni memang dah wujud tapi orang besar dan yang mampu je yang pakai. Zaman sekarang, baby pun dah ada tablet sendiri tau. Haa… Advance betul!

Budak zaman sekarang melekat dengan handphone 24 jam

Bila kita tengok budak zaman sekarang memang asyik melekat dengan handphone 24 jam, mengalahkan orang yang besar. Parents pula, ada yang dah start bagi anak mereka bermain dengan gadget sejak baby lagi. Anak nangis, bagi je phone, confirm diam. Sampai budak-budak ni dah terbiasa dengan gadget.

Di Twitter seorang netizen berkongsi sebuah video lucu anak buahnya yang taknak main phone. Taknak main phone? Biar betul. Mesti ada pape ni yang buat budak ni taknak main.

Hantu

Posted by Video saja on Saturday, 6 October 2018

Guna wallpaper hantu

Oh rupa-rupanya, si makcik ni guna wallpaper hantu dekat home screen phone dia. Patut la budak tu takut nak main phone. Hahaha

Sumber: Twitter

Betul-betul keras cara makcik budak ni, taknak bagi anak buah dia main game dekat phone la katakan. Yela mungkin budak ni main phone sampai habis data internet si makcik ni. Katanya, budak-budak zaman sekarang asyik main phone je, anak umur berapa bulan pun dah dipasangkan phone dalam stroller. Ok ni admin setuju!

Netizen di Twitter pun turut berkongsi cara mereka taknak bagi budak-budak kecil ni main phone.

Wah tak sangka ada juga apps yang boleh set masa lepas tu gambar hantu keluar masa tengah main phone. Ni kalau admin pun takut, boleh kena sakit jantung! Tapi ada je budak yang tak takut dengan hantu, so mungkin cara ni tak berkesan untuk sesetengah budak.

Ada juga parents yang tegas dan memang train anak dengan cara limitkan time guna handphone. Katanya bahaya kalau dah bagi main, budak-budak ni akan mengada nak minta main lagi.

So korang rasa cara ni berkesan tak untuk tak bagi budak main phone? Atau korang ada cara lain nak kongsi? Jom share dekat comment!

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *