Kau ingat aku hadap sangat nak jaga 2 anak kau ni,siap kata aku buat milo gna air kncing, meyusahkan aku lagi la anak tiri pula tu

Assalamualaikum. Hai, nama aku Nur. Berumur 30-an. Aku seorang ibu tiri kepada 2 orang kanak-kanak perempuan. Dan ini kisah aku, si ibu tiri. Stigma masyarakat kita dgn orang yg bergelar ibu tiri ni kebanyakannya negatif kan? Ibu tiri akan dera anak tiri. Pkul. Tak bagi makan. Tidur atas lantai dan macam-macam lagi.

Aku pun pernah ada mak tiri yang tipikal macam ni. Muka ketat, tak mesra, masak tak ikhlas, suka marah-marah. Bab pkul je tak kena sebab masa tu aku dah besar jugak la dah boleh mengadu dekat abah kalau kena pkul so mungkin dia tak berani.

Tapi ada jugak kena sikit-sikit konon-konon dia terlanggar la, terjatuhkan cawan kat kaki aku la, terpercik minyak panas kat aku la. Banyak la ter dia tu. Ah lupakan pasal mak tiri aku tu. Dah jadi bekas mak tiri pun.

Sekarang, aku pegang tittle mak tiri pulak. Umur anak tiri aku 7 & 8 tahun. Sejak berkahwin dengan abah diorang, aku & suami yang jaga diorang. Mak diorang nak bebas, taknak jaga anak, taknak kerja, hidup sepenuhnya disponsor oleh boyfriend yang juga seorang duda anak 3.

Aku pelik jugak la macam mana duda tu mampu sara dia, rumah, makan minum, pakaian, branded handbag sedangkan ada 3 orang anak yg masih bersekolah dijaga ex wife boyfriend dia, padahal kerja biasa je bukannya orang kaya pun. Harap nafkah anak-anak dia tak terabaila asbab membela si janda.

Berbalik pada kisah aku. Masa awal-awal aku mulakan kehidupan dengan anak-anak tiri, aku ikhlas seikhlasnya. Hantar ke tadika (dulu), ambil dari rumah pengasuh, makan minum kat rumah aku sediakan, bekal makanan ke sekolah, baju sekolah aku iron, alat tulis peralatan sekolah semua lengkap. Infact, banyak yg aku beli guna duit aku sendiri pun. Tak pernah terlintas nak berkira.

Cuti sekolah diorang akan balik rumah sewa mak diorang. Selalunya aku & suami yg kena hantar. Perjalanan pergi je makan masa sejam. Kalau cuti sekolah seminggu, maka seminggula suami aku minta ex wife dia jagakan sebab pengasuh diorang hanya jaga transit masa sekolah & cuti srkolah adalah cuti utk pengasuh diorang.

Tapi selalunya baru 2 hari ex wife dia dah call minta datang ambil. Dia bagi alasan anak-anak dia cakap nak balik kat rumah abah. Sedangkan dia yg taknak jaga lama-lama sebab tak bebas nak keluar & malas sediakan makan minum diorang.

Bila diorang balik dari rumah sewa mak diorang, mesti ada je ayat-ayat biadap yg diorang akan cakap kat aku. Aku suspek mesti mak dia yg ajar. Pernah yg sulung minta aku buatkan air milo, masa aku nak pergi dapur dia ikut aku. Bila aku tanya kenapa ikut, dia cakap nak tengok la mama buat air, kot-kot mama guna air kencing. Aku giler menyirap masa tu.

Nak je aku cakap “eh milo pun aku yg beli kau tinggal order je pastu nak cakap aku guna air kencing, kalau camtu kau buatlah air sendiri. Suruh mak kau beli milo letak sini takyah abeskan milo aku lagi” tapi kata-kata tu aku telan je. Bila suami balik kerja aku cuma boleh mengadu & minta suami aku yg tegurkan. Ah mak jenis apa la ni ajar anak biadap.

Aku kerja, dari Isnin sampai Jumaat. Walaupun aku kerja, pagi-pagi aku siapkan sarapan & bekal diorang bawak gi sekolah & bekal suami aku. Balik kerja petang aku fetch diorang dari sekolah sebab suami aku balik lambat selalunya pkul 7 malam. Malam aku prepare dinner. Kebanyakan makanan aku sediakan sendiri, jarang sangat kitorang makan kat luar. Makan minum anak-anak tiri aku pun aku sediakan.

Hari Sabtu suami aku kerja & aku cuti. Aku lah yg jaga anak-anak dia kat rumah. Nak balik rumah mak aku yg jarak 20 minit perjalanan pun tak dapat. Sebab aku taknak bawak diorang ikut aku ke rumah mak aku. Aku kalau balik rumah mak aku, aku akan melekat je dengan mak aku, borak itu ini, cerita macam-macam. Aku taknak masa aku habis layankan kerenah diorang nak makan la nak mandi la nak itu nak ini.

Jadi aku takkan balik rumah mak aku la walaupun hari Sabtu aku cuti. Terperap kat rumah, kemas rumah, sediakan makan minum macam biasa, basuh baju, sidai baju, kemas baju, sediakan baju sekolah diorang utk seminggu. I can say that memang aku fully committed on my family, including my step daughters.

Tapi saudara-mara sebelah suami aku pun seakan-akan pandang aku jahat. Kalau kitorang balik kampung suami aku, nanti dengarlah diorang interview anak-anak tiri aku tanya makan apa, sekolah ok ke, mama ada marah ke, cubit ke, pkul ke, makan cukup ke tak. Sedangkan, aku tak pernah naik tangan pun. Ye marah & tegur memang ada. Tapi pkul, cubit tak pernah langsung.

Kalau nak diikutkan, aku bukanlah orang yg penyabar. Aku tak pernah ada pengalaman jaga budak. Tapi apa je ragam & perangai diorang, aku telan & hadam. Masa awal-awal jaga, aku banyak tak boleh terima kelakuan diorang. Kadang aku pelik mak diorang didik anak macam mana?

Lepas main tak reti kemas, makan choc plastik choc selit celah sofa, kadang main buang je atas lantai, minum cuma nak minum air sejuk, dalam masa 15 minit 10 kali bukak peti sejuk ambil air, main tonggang je pulak tu tak reti guna cawan.

Lepas mandi tuala basah tinggal atas lantai, baju kotor sorok bawah katil, baju yg dah basuh aku dah lipatkan & susun dalam almari diorang habis dipunggahnya, mandi pulak main sabun main shampu sampai habis sebotol besar dalam masa beberapa hari. Paling tak faham, gigi semua berkarat. Ntah berapa tan gula-gula dia sumbat dalam mulut anak dia dari kecik. Dah la tak ajar gosok gigi. Berkarat berlubang berbau semua lengkap la.

Aku nak tune balik budak-budak tu masa mula-mula aku hidup dengan diorang, Ya Allah susahnya. Dengan perangai degil masing-masing. Tapi lagi sekali, aku yg kurang kesabaran ni tak pernah cubit mahupun pkul diorang. Aku cuma membebel, tunjukkan cara yg betul, tegur & marah.

Suami aku kerja shift. Kadang shift malam. Pernah satu masa anak tiri aku yg no.2 tu demam. Suami pulak kerja shift malam. Aku Kena bagi ubat setiap 4 jam. Tengah-tengah malam aku bangun bagi ubat, lap dengan tuala basah, check apa yg patut. Selesai semua tu aku belek handphone & ada sms dari mak diorang. Dia tanya budak-budak mana, dia call suami aku banyak kali tapi tak jawab. Dia nak cakap dengan anak.

Dan dia tuduh kitorang nak sorokkan anak dia tak bagi anak dia cakap dengan dia. Aku dah macam “what is thiiissss!!”. Of course la suami aku tak dapat jawab sebab dia kerja mungkin handphone pun silent atau tak bawak masuk handphone ke kilang.

Aku bersengkang mata jaga anak dia dari pagi sampai tengah malam pun masih standby, boleh dia tuduh macam tu. Tapi aku reply baik-baik. Aku taknak berperangai syaitonirrajim macam dia. Aku bagitau yg suami aku kerja, anak dia no.2 demam & aku dah bagi ubat & aku monitor setiap 4 jam bagi ubat & make sure sentiasa lap badan dengan kain basah. Huh dia tak reply. Kot la nak cakap terima kasih ke, nak tanya keadaan anak dia ke, nan hado. Geram pulak aku.

Ada satu masa, cuti sekolah & anak dia balik ke rumah mak diorang. Tak sempat kitorang sampai rumah pun lagi mak dia dah mesej suami aku bagitau ada kesan terbakar kat jari anak dia. Dia tanya mana datang kesan ni, suami aku tak merokok, jadi macam mana boleh ada kesan terbakar. Dia tuduh aku cucuh api kat jari anak dia. Eh kalau aku nak sangat buat jahat, aku tak cucuh kat jari, aku bakar terus tapak tangan tu.

Sedangkan kesan terbakar tu sikit je, macam terlalu je dekat api. Suami aku ada bagitau 2 hari lepas anak dia ikut dia bakar sampah & masa tu memang ada api tiba-tiba marak besar & terkena suami aku sikit. Cuma masa tu dia tak perasan kalau anak dia pun kena sebab anak dia agak jauh dari dia. So dia assume mungkin terkena bara masa budak tu ikut dia bakar sampah.

Keadaan & stigma negatif macam ni makin lama buat aku makin tawar hati. Ditambah dengan keadaan aku yg tengah sarat mengandung & tak lama lagi akan ada anak sendiri. Aku rasa kecewa, skit hati & semakin tak ikhlas terhadap anak-anak tiri aku.

Aku tak pernah terlintas nak buat perkara buruk kat diorang. Sampai mti pun diorang adalah zuriat suami aku. Macam mana aku sayangkan suami aku, aku nak sayangkan anak-anak yg dia sayang. Tapi aku tetap difitnah, dianggap buruk & jahat.

Kadang-kadang aku rasa fed up & nak je aku buat macam apa yg orang tuduh. Nak je aku lepaskan geram kat anak-anak tiri aku tu. Pkul, tmpar, cubit. Nak je aku biarkan diorang kebulur aku taknak sediakan makanan diorang. Nak je aku biar diorang pergi sekolah dengan baju tak bergosok, gigi berkarat, tudung kepam.

Apa yg aku buat elok utk diorang tak dihargai, apa yg buruk yg aku tak buat pulak yg dicanang-canang. Aku cuma mak tiri, aku cuma bantu suami aku besarkan & didik diorang. Tapi seolah-olah bila ada kekurangan pada diorang, aku yg bertanggungjawab. What is this wei?

Mak diorang yg patut didik & jaga pun tak mampu nak buat. Tapi kenapa tak dipertikaikan? Suami aku ok, cuma dia banyak habis masa kat tempat kerja, cari nafkah utk anak dia termasuk yg bakal lahir ni. Sebab tu hal-hal kat rumah banyak aku yg perlu bantu termasuk hal anak-anak tiri aku.

At the beginning, aku tak kisah. aku ikhlas. infact, aku yg selalu offer pada suami aku utk tolong hantar & ambil anak dia, sediakan bekalan, tengokkan homework, buku sekolah & lain-lain. Tapi semakin lama hati aku semakin tawar. Walaupun dengan keadaan aku yg sarat, rutin tu tetap aku buat. Tapi aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku pada anak-anak tiri aku sekarang. Sayang ke?

Aku ada terfikir, lepas aku bersalin aku nak minta suami aku pulangkan anak-anak dia pada mak diorang. Aku nak suami aku fokus pada aku & baby kitorang nanti & aku sendiri pun nak fokus pada anak aku pulak instead menjaga anak orang lain yg dok memburukkan aku.

Ye aku pernah suarakan pendapat aku ni kat suami aku, tapi dia berat hati nak serahkan jagaan pada ex wife dia sebab dia tau perangai ex wife dia yg akan gunakan anak utk ugut bila tak puas hati. Masa diorang masih pasangan suami isteri pun ex wife dia selalu lari dari rumah bawak anak-anak bila diorang bergaduh dan gunakan anak-anak utk jerat suami supaya layankan kehendak dia, pujuk dia & sebagainya.

Selepas diorang bercerai & anak masih pada ex wife, ex wife dia bawak anak lari & block suami aku dr segala jenis contact source. dan bagitau pada suami aku jangan cari anak lagi sebab dia dah bagitau kat anak yg abah diorang dah mti.

Jadi sebab tu lah sekarang suami aku berat sangat nak serah jagaan pada ex wife dia, dia risau hubungan dia dgn anak-anak dia akan renggang & ex wife dia akan larang dia jumpa anak-anak dia bila masa ada salah faham, bergaduh ke.

Sekarang aku selalu rasa stress. Aku rasa dah taknak buat baik dengan diorang. Dah taknak manja dengan diorang. Kadang anak-anak tiri aku datang kat aku nak cerita pasal kawan kat sekolah ke, itu ini aku buat tak tau je. sebab aku dah tawar hati. Ye aku kesian, nampak diorang nak dimanja, lagipun dah bertahun dengan aku, mungkin diorang dah anggap aku macam mak diorang. Nak mengadu, nak bercerita, tapi aku dah takde hati utk diorang.

Aku pernah jaga diorang sehabis baik, lebih dr yg sepatutnya, lebih dr tanggungjawab aku, tapi aku tetap dipandang jahat. Bukan setakat saudara-mara suami, tapi kawan-kawan yg tau aku kahwin duda & jaga anak tiri, pun dah mula menjauh. Bila terjumpa aku dengan anak-anak tiri aku kat mana-mana, mesti pandangan lain je.

Tak semua mak tiri tu jahat & tipikal suka deera anak tiri. Aku kecewa dengan stigma & perbuatan masyarakat pada aku sebagai mak tiri. Aku dah give up jadi mak pada anak tiri. Aku bakal ada anak, aku nak jaga & fokus pada anak aku je lepas ni.

Nantikan bahagian ke 2 selepas ini ,apa yang terjadi pada anak2 tiri aku ni..

Sumber: kisahjalanan

Leave a Reply