Kecewa! 4 Jam Menunggu Di KLIA, Rupanya BLACKPINK…

Peminat kumpulan sensasi K-pop terkemuka BLACKPINK kecewa kerana tidak sempat berjumpa dengan idola mereka walaupun sudah lama menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Blink (nama fandom BLACKPINK), Norashikin Abu Bakar tiba sejak sekitar jam 7 petang pada Jumaat untuk menyambut ketibaan kuartet tersebut.

“Saya seorang jururawat di klinik pergigian. Sejurus selesai syif saya, saya bergegas ke KLIA.

“Saya menunggu di ‘special lounge’ kerana pengawal keselamatan berkata BLACKPINK memilih laluan ini.

“Tetapi akhirnya mereka lalu di laluan balai ketibaan dan bukannya ‘laluan VIP’. Saya sudah tunggu selama empat jam tetapi tidak dapat berjumpa dengan mereka,” luahnya ketika ditemui krew Astro AWANI yang turut berkampung di KLIA.

Norashikin yang telah membawa anak patung untuk diberikan kepada setiap anggota BLACKPINK ternyata hampa kerana dia tidak akan dapat berjumpa dengan kumpulan tersebut sepanjang tempoh mereka berada di Kuala Lumpur.

“Saya tidak dapat hadir ke konsert mereka kerana saya perlu bekerja. Tiada rakan setugas yang boleh menggantikan tempat saya.

“Saya benar-benar ingin memberikan cenderamata ini kepada mereka tetapi agaknya hasrat saya tidak kesampaian,” tambahnya.

Sementara itu, suri rumah Azury Anuar pula telah menyiapkan segala kerja-kerja di rumahnya sebelum memulakan perjalanan ke KLIA.

“Saya menyusun jadual kerja di rumah dengan betul-betul dan siapkan kesemua kerja rumah dengan sempurna, baru saya dapat keluar rumah,” kata Azury.

Menjadi Blink sejak mendengar lagu ‘Whistle’ kumpulan tersebut, Azury atau lebih mesra disapa Ayie berhasrat untuk memberikan gambarnya kepada BLACKPINK untuk disimpan di loker mereka.

“Saya ada bawa gambar untuk diberikan kepada mereka dan saya mahu mereka simpankan gambar ini di dalam loker mereka.

“Saya bersaiz kecil oleh itu saya dapat menyelit dan sebenarnya ingin memberikan gambar tersebut kepada Jisoo.

“Saya telah membelanjakan RM80 untuk kos perjalanan, tiket parkir, cuci gambar dan makanan tetapi terasa macam sia-sia. Saya sedih sangat tidak dapat berjumpa mereka,” katanya.

Kru Astro AWANI yang akan menghadiri konsert jelajah BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area) pada Sabtu akan cuba menunaikan hasrat mereka dengan meletakkan buah tangan mereka di reruai yang ditetapkan.

Video

Blackpink kat KLIA…Ingatkan Perempuanjer yg tergila2kan KPOP, lelaki pun terjerit2 jumpa artis KPOP huhu

Posted by Rizal Hakimm Punyer on Friday, 22 February 2019

Ratusan peminat teruja menunggu ketibaan BLACKPINK di KLIA malam tadi. Empat wanita cantik ni bakal membuat persembahan selama dua hari bermula malam ini di Stadium Malawati Shah Alam 😍Kredit video: @nrulfatihaBerita lanjut layarihttps://www.xtra.com.my/ms/category/celeb-buzz/posts/ratusan-peminat-sambut-ketibaan-blackpink-di-klia

Posted by Tonton Xtra Viral on Friday, 22 February 2019

Sumber: Astro Awani via gempak

BLACKPINK buatkan 8,000 penonton ‘histeria’

SEPERTI dijangkakan, kumpulan BLACKPINK dari Korea Selatan berjaya membuatkan lebih 8,000 penonton ‘histeria’ pada konsert sulung BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, hari ini.

Mempersembahkan lebih 15 lagu, kumpulan dianggotai Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose tampil penuh bertenaga, menghiburkan dan begitu selesa di pentas.

Menurut Rose, mereka sangat bersyukur dengan sambutan luar biasa diterima sebaik sampai di Malaysia dan berterima kasih kepada peminat mereka BLINK yang hadir.

“Kamu sangat mengagumkan. Kami sangat terbaru dengan kehadiran kamu semua pada hari ini,” katanya.

Yang pasti, peminat mereka BLINK turut memberikan kerjasama terbaik sepanjang konsert dan tiada insiden tidak diingini berlaku selepas Jennie memberi peringatan supaya mereka berhati-hati.

Pada pertengahan konsert, keadaan menjadi ‘kecoh’ seketika apabila Jennie tidak muncul beberapa minit sewaktu lagu Kiss and Make Up.

Bagaimanapun, akhirnya dia muncul pada penghujung lagu.

Rata-rata penonton yang hadir jelas berpuas hati dengan persembahan BLACKPINK meskipun pertama kali ke sini dan ternyata penantian mereka berbaloi.

Antara lagu dipersembahkan termasuklah Ddu-Du Ddu-Du, Forever Young, Stay, Whistle, Boombayah, Playing With Fire, See U Later dan banyak lagi.

Terdahulu, penjualan tiket konsert itu mendapat sambutan luar biasa sehingga habis terjual.

Mulanya hanya sehari, namun penganjur memutuskan untuk menambah sehari lagi konsert itu atas permintaan peminat.

Konsert dua hari berkenaan dianjurkan Macpiepro dan dibawakan penaja Kia Motors dan Naza Kia Malaysia.

Sumber:hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *