‘Kena Terima Hakikat, Jangan Jadi Hipokrit’ – Dikritik Pentingkan Rupa, Ini Respon A Aida

Penerbit terkenal, Datuk A Aida baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kebanyakan peserta yang hadir ujibakat tidak mempunyai pakej lengkap dari segi rupa. Perkara ini sekaligus tidak melayakkan mereka di dalam industri seni lakonan.

Mendapat kritikan dari netizen dan rakan artis, ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Menerusi mStar Online, ini respon balas A Aida.

Siapa nak tengok drama tu?

Mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan, A Aida memberitahu rupa paras merupakan kriteria penting untuk menjadi seorang pelakon pada masa kini.

Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tak faham.

Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah yang cantik dan tampan.

Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama.

Ia adalah hakikat sebenar dunia lakonan di negara ini sekarang. Jangan la nak bandingkan dengan Hollywood atau Bollywood kerana mereka corak pemikiran penonton mereka berbeza dengan kita.

Tambahnya, bidang lakonan adalah bisnes dan orang ramai perlu faham bahawa rating yang tinggi penting untuk menaikkan sesebuah drama.

Katanya lagi, rating tinggi membantu menjana pendapatan yang lebih untuk dibayar kepada syarikat produksi.

Tak ada niat nak hina ciptaan Tuhan

Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu berdasarkan sesi ujibakat DFKL yang berlangsung di Sri Pentas Bandar Utama beberapa hari lepas.

Saya mengeluarkan kenyataan berkenaan rupa itu penting berdasarkan pencarian pelakon utama menerusi sesi uji bakat DFKL2019. Tak ada niat pun nak menghina ciptaan Tuhan.

Kalau tanya fasal program lain seperti Bintang Mencari Bintang iaitu rancangan bakat yang tidak menkankan paras-rupa, memang saya akan memberi komen perihal mengenai kepentingan bakat la. Sebab program itu memang berdasarkan bakat.

Ada sahaja peserta yang hadir di sesi uji bakat itu, saya suruh dia cuba menyertai program lain yang mempertengahkan bakat tanpa menekankan soal rupa.

Tidak kisah dengan kecaman, A Aida setakat ini sudah menyekat lebih 500 akaun yang meninggalkan komen negatif.

Sumber : mStar Online

Via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *