Keputusan AJL 33 dipertikai netizen?

Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 sudah melabuhkan tirai. Pemenang-pemenang pun sudah diketahui dan tahniah buat finalis yang bertanding.

Tetapi biasalah, umpama rumah sudah siap pahat masih lagi berbunyi. Walaupun keputusan sudah diumumkan, nampaknya ada yang tidak berpuas hati.

Paling ketara, kemenangan lagu Bunga hasil dendangan Ara Johari menjadi perdebatan di antara peminat.

Tulis peminat, lagu Bunga tidak seharusnya berada di dalam senarai top 5 kerana kelemahan suara dan juga persembahan Ara.

Sebaliknya, peminat menyatakan lagu Sampai Bilanyanyian Misha Omar harus bergelar naib juara.

Baiklah, itu bab kemenangan lagu. Isu hangat yang turut berlegar-legar ialah pergerakan kamera yang dikatakan kucar-kacir.

Antara komen tentang pergerakan kamera yang tidak teratur

Ramai yang memberi komen, terutamanya penonton di rumah menyatakan ‘cameraman’ tidak pandai mengambil sudut-sudut yang cantik ketika persembahan finalis AJL berlangsung.

Paling ketara, kamera tidak memberi fokus ketika Misha Omar dan Siti Sarah yang menangis ketika menyanyikan lagu masing-masing. -MHE TV

[VIDEO] Antara ‘baju hujan’ Dayang dan ‘pelamin’ Sufian

Sumber:mhetv

AJL33 Milik ‘Haram’, Adibah Noor Dedah Rahsia Di Sebalik Keputusan Juri

 

Nampaknya semalam dan harini, memang ramai rakyat Malaysia yang membuat status berkenaan #AJL33 atau Anugerah Juara Lagu ke-33. Ada netizen gembira, ada yang tak berpuas hati dengan keputusan juri pada kali ini dan berbagai lagi lah ragam yang mencuit hati dalam media sosial.

Tak ketinggalan juga status dan tweet dari kalangan selebriti tanah air. Juara AJL ke 21, Adibah Noor juga menyaksikan anugerah berprestij ini dan berkongsi rahsia di sebalik keputusan juri.

Dalam tweetnya yang dikeluarkan semalam, Adibah mendedahkan bahawa keputusan siapa yang menjadi juara sudah di putuskan sebelum acara ini berlangsung semalam.

Jadi, tak perlulah kita mempertikaikan anugerah malam tadi. Walaubagaimanapun, dalam tweet yang berbeza, Adibah meramalkan Siti Nordiana dan Jaclyn Victor sepatutnya layak merangkul Anugerah Vokal terbaik, manakala Syamel sebagai persembahan terbaik dengan lagu Kau Pun Sama.

Apa-apa pun ramai yang berpuas hati denga lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33  yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. Berikut keputusan.

Naib juara jatuh kepada lagu Bunga dendangan Ara Johari manakala tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar. Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu.

Sumber: hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *