Keputusan AJL33 Sangat Sengit, Dianugerah Sebagai Pemenang

Debaran kemuncak final Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) kian terasa apabila 12 buah lagu terbaik telah terpilih untuk ke pentas akhir AJL 33 selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (SFMM33)

Keputusan pemilihan senarai finalis AJL33 telah diumumkan pada minggu ketiga iaitu peringkat Semi Final Muzik-Muzik ke-33 (SFMM33) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Jumaat malam, 23 November 2018

Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) itu berlangsung pada malam ini 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil

Saingan peringkat separuh akhir Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (SFMM33) diadakan selama tiga minggu bermula 9 November 2018 membabitkan 30 lagu bersaing dengan kesemua lagu yang bertanding diadili oleh juri profesional

 

Hael Husaimi dan Dayang Nurfaizah ungguli AJL 33 2019

KUALA LUMPUR: Lagu JHael Husaimi dan Dayang Nurfaizah muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi

Naib Juara dimenangi komposer Arra Johari dengan lagu Bunga yang dipersembahkan. Mereka menerima wang tunai RM35,000, trofi

Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila  nyanyian Misha Omar. Mereka menerima wang tunai RM20,000, dan trofi.

Misha Omari yang mendendangkan lagu Sampai Bila diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik.

AJL 33 menampilkan Alif Satar dan Sherry AlHadad sebagai hos.

Dibawah adalah senarai 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhirAJL ke 33:

1. Siti Sarah – Semakin

2. Ara Johari – Bunga

3. Syamel – Kau Pun Sama

4. Misha Omar – Sampai Bila

5. Hael Husaini & Dayang – Haram

6. Khai Bahar – Luluh

7. Altimet – Bunga

8. Haqiem Rusli ft Aman Ra – Jatuh Bangun

9. Amylea X Kaer – Tak Pernah Hilang

10. Hael Husaini – Hajat

11. Sufian Suhaimi – Di Matamu

12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor- Nisan Cinta

Artikel by: the reviewer @ BD winner

Leave a Reply