KJ Nak Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Menteri Kewangan? Ini Puncanya,habisla…

Korang tahu tak apa yang jadi masa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat dua hari lepas? Lim Guan Eng mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Menurut MalaysiaKini, berikutan hal tu, Khairy Jamaluddin umumkan beliau sendiri yang akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST.


Sumber: Blog

Guan Eng sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM 18 bilion dalam tabung bayaran balik GST.

Beliau menjelaskan yang siasatan dalaman – seperti yang dicadangkan Guan Eng tidak cukup untuk dakwaan serius macam tu.


Sumber: Twitter

“Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan siasatan dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.

“Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku. Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim,” katanya di Twitter.

Khairy menjawab komen pengguna di Twitter, berkata laporan itu juga mungkin akan dibuat terhadap ‘bekas pegawai tertinggi Menteri Kewangan’ ketika itu. Adakah KJ akan buat laporan terhadap Datuk Seri Najib Razak? Serius la?


Sumber: Twitter

Dalam satu kenyataan kemudian, beliau berkata akan membuat laporan pada pukul dua petang ini di ibu pejabat polis daerah Sentul.

Sama-samalah kita saksikan apa yang akan terjadi.

Sumber: lobakmerah

RM18b wang GST ‘dirompak’: Khairy akan buat laporan polis, SPRM

 

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST.

Beliau berkata siasatan dalaman – seperti yang dicadangkan Lim – tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu.

“Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.

“Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku. Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim,” katanya di Twitter, hari ini.

Dua hari lalu, Lim ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Beliau sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.

Ketika menjawab balasan seorang pengguna Twitter, Khairy berkata laporan itu juga akan dibuat terhadap menteri kewangan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan kemudian, beliau berkata akan membuat laporan pada pukul dua petang ini di ibu pejabat polis daerah Sentul.

 

Sumber: malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *