Laa dia Islam rupanya – Ramai terkejut, bila Tahu pencipta lagu Haram bagi salam

Laa dia Islam rupanya – Ramai terkejut, bila Tahu pencipta lagu Haram bagi salam

Tanggal 3 Februari 2019 menyaksikan pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL33) melabuhkan tirainya dengan satu lagi sejarah tercipta apabila lagu Haram, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara.

Ketika orang ramai sedang rancak berbual mengenai kejayaan mereka, tidak dilupakan ‘tulang belakang’ yang turut menghasilkan lagu tersebut hingga menewaskan lagu-lagu finalis lain.

Pemuda berbangsa Cina iaitu Ezra Kong, nama yang tidak asing lagi apabila mula menceburi bidang muzik tempatan sekitar lima tahun lalu.

Beliau yang berusia 31 tahun sering mencipta lagu-lagu fenomena bersama Hael iaitu Jampi, Haram dan Hajat.

Tetapi setelah diumumkan sebagai juara, ramai netizen yang terkejut apabila pemuda berasal dari Port Klang itu memberi salam ketika membuat ucapan penghargaan malam tadi.

Walaupun tiada informasi mengenai status agama beliau, rata-rata warga di laman sosial Twitter tidak menyangka beliau merupakan seorang ‘Muslim’.

Ada juga yang memuji sikap beliau kerana tidak bersalaman bukan mahram dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

Sumber : Twitter , Mstar.ohmy media

Sumber: pnewas.fun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *