“Lain Kali Kalau Tak Puas Hati”, Selepas Kena Komen Dgn Isteri Sheikh Muszaphar, Ini Respond Che Ta..Memang Pedas

Selebriti dan artis terkenal, Rozita Che Wan, 46, membuka mulut mengenai komen oleh seorang doktor yang juga isteri kepada angkasawan negara, Dr Halina Mohd Yunos di Instagramnya.

Ini berikutan komen yang ditulis oleh Dr Halina yang mempertikai cara pemakaiannya ketika membuat lawatan ke Hospital Sungai Buloh baru-baru ini, yang boleh menyebabkan kuman merebak.

Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, dia sendiri pun terkejut kerana dia tidak memakai baju berbulu seperti yang ditulis oleh doktor itu dalam ruangan komen.

” Dia tak ‘follow’ saya di Instagram, tapi sempat juga dia tulis komen di gambar yang saya kongsikan. Pada waktu itu, saya dijemput oleh pihak hospital untuk melawat dan meraikan pesakit mereka.

” Saya tak pakai pun baju berbulu. Kenapa nak kena pakai baju berbulu? Suhu di hospital pun bukannya -10 darjah Celsius pun. Jadi, saya pakai baju sequin yang berjurai dan biasa saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia bergambar bersama pesakit dan duduk di atas katil kerana permintaan pesakit sendiri.

” Bila pesakit minta untuk bergambar bersama, dia menjemput saya untuk duduk di katil di sebelahnya. Saya hormat permintaan mereka. Takkan saya suka-suka hati nak duduk atas katil orang,” katanya.

Rozita berkata, sekiranya doktor itu ingin menegur pihak hospital supaya mereka mengambil tindakan atau apa, dia boleh merujuk terus kepada pihak terbabit.

” Lain kali, kalau nak komen atau tak puas hati, tuju terus kepada hospital. Bukan tulis di Instagram saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia membalas komen doktor itu di Instagram, Rozita memberitahu dia tidak membalas.

” Tak perlu,” katanya.

Hari ini pula, Rozita akan ke Hospital Serdang untuk menghadiri majlis berbuka puasa serta melawat pesakit di beberapa wad.

” Hari ini, saya dijemput oleh Hospital Serdang untuk berbuka puasa dan melawat pesakit. Pihak hospital tentunya sudah merujuk kepada pesakit terlebih dulu sama ada mereka bersedia menerima pelawat atau tidak.

” Jadi, saya akan melawat beberapa wad antaranya wad kanak-kanak, bagi meraikan pesakit di sana,” katanya.

Terdahulu Dr Halina yang juga isteri angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor menulis komen yang berbunyi:

” Mana unit infectious disease hosp sg buloh ni… tgk ni ada org pakai baju bulu2 siap dok atas katil patient… karang merebak kuman kangggg..”

Sementara itu komen Dr Halina tesebut telah mendapat reaksi balas oleh pengikut Che Ta yang merasakan komen itu tidak sesuai.

” Emmm tak patut kot komen macam ni doc. Che ta tak pakai baju buku2 pun. Itu kain. Tengok betul2. Takkan la che ta nak bela kuman..”, tulis seorang netizen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro via asia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *