Lelaki Ini Dedah Pengalaman Misteri Terserempak Tiga Ekor Monyet Beri Salam Ketika Sesat Di Hutan. Ini Reaksi Beliau Selepas Mendengar Salam Yang Diberikan

KUALA LUMPUR – Peristiwa diganggu makhluk halus ketika tersesat dalam hutan Gunung Ledang, Johor masih segar dalam ingatan Mohd Sabaruddin Daud sehingga hari ini walaupun kejadian itu telah 25 tahun berlalu.

Ketika kejadian, Mohd Sabaruddin, 46, mengendalikan Kursus Penggerak Warisan yang disertai 80 peserta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dari Institut Teknologi Mara (ITM) kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam selama tujuh hari enam malam.

Menurut pencinta sukan kembara itu, pengalaman bersendirian selama 14 jam mencari jalan keluar gara-gara terpisah dengan seorang rakan ekspedisi di kawasan air terjun cukup menguji ketahanan mental dan fizikal.

“Semuanya berpunca ketika saya bersama rakan dalam perjalanan naik semula ke Basecamp Kolam Puteri dari pos utama selepas menghantar pulang seorang peserta wanita yang diser4ng h1steria selama tiga hari berturut-turut.

“Sebaik sahaja melalui sebatang pokok yang rimbun di kawasan air terjun kira-kira jam 3 petang, kami berdua terpisah kerana saya mengikut haluan kiri manakala rakan pula di laluan kanan arah yang betul,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bapa kepada sembilan anak itu berkata, ketika berusaha mencari jalan menuju ke basecamp, pelbagai ins1den pelik dialaminya, antaranya terserempak dengan tiga ekor monyet yang memberi salam.

“Mulanya saya kaget namun tetap menjawab salam haiwan berkenaan, kemudian tanpa melengahkan masa saya meneruskan perjalanan sehingga sampai ke puncak yang mana kawasannya seluas dua gelanggang badminton dan dikelilingi pokok sahaja. Fikiran saya ketika itu jadi buntu, serabut, tepu dan dungu sehingga saya segera melaungkan azan supaya diberi petunjuk jalan keluar,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Sabaruddin berkata, semasa menuruni puncak yang curam, dia telah tergelincir dan tersangkut di pokok rotan liar berduri sehingga keseluruhan badannya ceder4 serta luka.

Menurutnya, dia tidak berupaya meneruskan perjalanan kerana terlalu lemah, sakit dan letih.

“Lagipun hari semakin gelap dan ketika itu saya hanya mampu menjamah 20 biji kuaci dan bakinya disimpan sebagai stok survival di hutan.

“Sebelum tidur di atas sebongkah batu di tepi sungai, saya menunaikan solat dan beristighfar (meminta ampun) jika itu adalah ibadah terakhir. Bagaimanapun, ketika melelapkan mata saya dikejutkan dengan kelibat sekumpulan haiwan berbulu dan besar seperti mawas berlari di atas sebatang kayu.

“Kemudian muncul pula dua makhluk halus menyerupai penanggal terbang di udara sebelum ia turun dan berada satu meter di depan muka saya. Saya juga berdepan gangguan ‘benda’ yang menggesel bahagian kaki dan masuk ke dalam telinga saya sebanyak tiga kali,” katanya.

Gunung Ledang merupakan antara destinasi pilihan kalangan pendaki.

Pegawai di sebuah syarikat swasta itu berkata, keesokan harinya sebelum Subuh dia tekad mengumpul kekuatan mencari jalan pulang dan akhirnya berjaya bertemu pasukan ekspedisi di basecamp yang semalaman menunggu kepulangannya.

Sumber : Kampusuols via riverbed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *