Lima r3ntung,kem@l*ngan di terowong menora

 

LIMA dipercayai sekeluarga disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar, hari ini.

[UPDATE] Lima rentung sebenarnya…

LIMA dipercayai sekeluarga disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar, hari ini.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, treler membawa muatan bijih besi dikatakan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta berkenaan ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata buat masa ini identiti semua mangsa masih belum diperoleh susulan rentung dan usaha mengenalpasti mangsa sedang dijalankan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler jenis Volvo bersama muatan biji besi (amang) dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan (terbakar).

“Kenderaan berat dan kereta itu dipercayai dari arah selatan menghala ke utara dan sebaik tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan sebelum menghimpit dan menggesel beberapa kenderaan lain termasuk kereta yang terbakar itu.

“Kereta dinaiki mangsa diseret di lorong kanan menyebabkan terhimpit antara pembahagi jalan konkrit di tengah laluan dengan badan treler sebelum terbakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu pemandu dan semua penumpang kereta berkenaan tersepit di dalam kenderaan dan setakat ini, disahkan lima maut terbakar di tempat kejadian.

Katanya, pemandu treler berusia 41 tahun tidak cedera dan maklumat lanjut mengenai semua mangsa akan diberikan kemudian.

“Usaha mengenalpasti jenis kereta terbakar itu sedang dijalankan dan siasatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar, berkata kerja mengalihkan treler berkenaan dilakukan dan pemeriksaan pihaknya mendapati seramai lima mangsa ditemui rentung dalam kereta berkenaan.

“Semua mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kami kemudian melakukan kerja mengalihkan sepenuhnya treler berkenaan,” katanya.

Kemalangan di Lebuhraya Plus km 255.6 utara Terowong ke RnR Sg Perak:
5 individu termasuk seorang bayi ditemui rentung dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dengan lori yang membawa muatan bijih besi. Identiti kesemua mayat itu masih belum dikenalpasti.

===========
12.31pm PLUS@E1 : Kemalangan treler & kereta di KM 255.6 NB (Trw. Menora-Sg.Perak) menghalang lorong kanan. Trafik sesak dikedua-dua arah. Hati-hati memandu.
==========

ASSALAMUALAIKUM TUAN.
LAPORAN ACC (MAUT)
L/RAYA CHT JERING – IPOH

LOKASI:KM 255.2 (U)
TARIKH : 06/10/2018
MASA : 1147 HRS
DAERAH: KUALA KANGSAR

MELIBATKAN: (1) M/TRELER NO : TBS 9668 DENGAN (1) M/KAR NO: (TIDAK PROLEHI) DAN TERBAKAR KEDUA-DUA KENDERAAN

BUTIR BUTIR PEMANDU M/TRELER :
NAMA : MOHD ZAIDI BIN DI
NO KPT : 790415-02-xxxx
ALAMAT : KAMPUNG PADANG MUKIM TAJAR 06500 ALOR SETAR KEDAH

BUTIR BUTIR PEMANDU DAN PENUMPANG M/KAR :
(TIDAK PROLEHI SEBAB TERBAKAR)
*MANGSA YANG MAUT DI SAHKAN OLEH PIHAK BOMBA (2) MANGSA BUAT MASA SEKARANG*

PADA 06/10/2018 @ JAM LEBIH KURANG 1147 HRS TELAH TERIMA (1) PANGGILAN DARIPADA TMC MAKLUM ADA KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN (2) KENDERAAN DI KM 255.2 (U).SEMASA SAMPAI DI LOKASI DAPATI (1) M/TRELER NO : TBS 9668 TERBAKAR DAN (1) M/KAR NO : (TIDAK DI PEROLEHI) TERSEPIT DI BAWAH M/TRELER.KERJA-KERJA PADAM API DILAKUKAN OLEH PIHAK BOMBA DAN MENGELUARKAN MANGSA.

CUACA : JALAN KERING/CERAH
KEADAAN JALAN: SELEKOH DAN MENURUN BUKIT

BANTUAN TERLIBAT :

EMPV
USLR
PR
PIT
AMBULANS
BOMBA

TERIMA KASIH TUAN.

VideO

06Oct2018/Perak1243hrs – Makluman Awal Kemalangan(KJR) sebuah lori terbakar di KM255.6 Lebuhraya PLUS selepas Terowong Menora menghala Kuala Kangsar. Lorong kanan terhalang. Kesesakan dikedua-dua arah, 6km arah utara & 3km arah selatan. Dinasihatkan jangan perlahankan kenderaan anda semata-mata utk menonton kemalangan. Harap maklum.. Katanya ada kereta di bawah lori dgn orang sekali…😭😭

Posted by PenangKu on Friday, 5 October 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *