Lion Air JT-610: Suami Sempat Hantar Gambar Selfie Dengan Anak Sebelum Terkor ban Dalam Na has

Trip yang bermula dengan kegembiraan untuk menonton perlawanan bola sepak akhirnya bertukar jadi sedih lepas seorang bapa dan anaknya terbabit dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 semalam.

Menurut The Sydney Morning Heraldkejadian ni meninggalkan seorang ibu hamil dan anak perempuannya yang berusia 9 bulan terkedu tanpa kata. Allahu sedihnya! 

 

Isteri mangsa tak mampu bercakap, diminta beri sample DNA

Sangat menyedihkan… Putri Pratiwi yang kehilangan suami, Wahyu Adilla, 32 dan anak lelakinya, Xherdan Fachridzi, 4 membuatkan wanita yang sedang sarat hamil enam bulan ni terkedu dan hanya menitiskan air mata.

Dia yang hadir ke hospital polis di Kramat Jati, Jakarta ini untuk memberikan sample DNA bagi proses pengecaman mayat suami dan anaknya.

Sumber: SMH

Menerusi laporan, seramai 187 mangsa dikhuatiri meninggal dunia apabila pesawat JT-610 menjunam ke laut pada pagi Isnin, sebaik sahaja ia berlepas. Isi pesawat tersebut mengandungi 6 anak kapal, 178 penumpang dewasa, dua bayi dan seorang kanak-kanak — yang mana kanak-kanak tersebut merupakan anak Putri yang terkorban.

 

Nak bawa anak menonton perlawanan bola sepak live, suami sempat call sebelum naik pesawat

Disebabkan Putri tak mampu berkata-kata, makciknya, Nona menceritakan apa yang berlaku kepada pasangan tersebut sebelum nahas berlaku.

“Wahyu merupakan anak saudara saya. Dia dan anaknya telah terbang ke Jakarta untuk menonton perlawanan bola sepak bawah 19 tahun kerana dia ingin sangat bawa anaknya tengok perlawanan tu secara live

“Mereka sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang, isterinya Putri juga sudah di airport untuk menyambut mereka pulang kerana ketika Wahyu naik kapal terbang, dia telefon dan beritahu isterinya. Itulah perbualan terakhir mereka,”kata Nona.

Gambar selfie terakhir Xherdan dan bapanya | Sumber: SMH

 

“Xherdan kata dia rindukan adik dan emaknya, tak biasa berjauhan…” 

Lebih menyayat hati, anak Putri, Xherdan ada meluahkan rasa hati yang dia sangat rindukan adik dan ibunya. Malah Putri juga rasa tak senang hati bila suaminya tak tiba-tiba di airport sehinggalah dia menerima berita tersebut melalui mesej rakannya.

“Mereka bervideo call pada awalnya, Xherdan beritahu yang dia rindukan adik dan ibunya kerana dia tak biasa berpisah dengan Putri. 

“Bila mereka tak tiba-tiba, Putri mula susah hati dan periksa mesej di telefon. Rakannya yang terbaca akan berita nahas itu beritahu dia tentang nasib kapal terbang yang dinaiki suami dan anak. 

“Pada mulanya dia macam tak percaya, tapi lepas berita tu disahkan benar, dia menelefon kami dan ahli keluarga serta dia pulang membawa kereta dengan sendirinya,” cerita Nona.

Sumber: Blog

Tambah Nona lagi, Putri kemudian jadi tak keruan menangis sambil menyebut nama suaminya, ‘Wahyu, Wahyu’ berkali-kali. Wanita tu juga digambarkan sebagai seorang yang kuat tapi ada ketika dia juga tewas dengam emosi apabila sekecil-sekecil perkara mengingatkan dia dengan suami dan anak.

“Kami masih berharap, Putri juga masih berharap akan keajaiban daripada Allah, tapi kita juga harus ikhlas, dengan darjat keikhlasan yang paling tinggi pada masa yang sama,”katanya lagi.

Sumber: Tribunnews

Semoga Putri terus ikhlas dengan segala ujian yang diberikan Allah. Takziah buat keluarga mangsa #LionAirJT610. Al-Fatihah.

Sumber:lobakmerah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *