Macam dah tahu perjalanan ‘terakhir’

KUALA TERENGGANU – Status dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd yang dianggap sebagai wira penyelamat mengundang rasa sedih netizen.

Malah, kebanyakan warganet mengakui kagum dengan pemuda itu dan turut bersedih dengan insiden yang menimpa walaupun tidak mengenalinya secara dekat.

Menggunakan nama pena sebagai Pok Rok, laman facebooknya menjadi perhatian ramai selepas berita kehilangannya mendapat liputan meluas.

Abdul Bari hilang dari permukaan air setelah menyelamatkan mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu.

Status yang dimuat naik Allahyarham pada 5 Disember lalu, ‘selamat tinggal kenangan dengan senyum aku lepaskan kau pergi’ seolah-olah menggambarkan pemuda itu telah mengetahui apa yang bakal terjadi kepada dirinya.

Selain itu, pemuda itu juga pernah menyatakan hasrat untuk berada dalam kalangan orang-orang beriman ketika menjawab pertanyaan rakannya menerusi media sosial.

Walaupun mungkin dianggap sebagai satu jenaka, jawapan spontan itu meninggalkan kesan mendalam lebih-lebih kepada individu yang mengenali Abdul Bari.

Wira itu juga disifatkan sebagai seorang yang suka bergurau, agak nakal dan suka menolong.

Abdul Bari bercita-cita mati syahid

Ahli keluarga dan rakan terdekat turut berkongsi antara hasrat Abdul Bari untuk mati syahid.

Perkongsian oleh Tengku Nadia Tengku Ahmad menceritakan bahawa Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk mati syahid 14 tahun lalu, ketika masih dibangku sekolah.

Selain Tengku Nadia, bapa saudara Abdul Bari yang menggunakan nama pena Pok Kob juga meluahkan perkara yang sama.

Katanya, beliau pernah berbual bersama dan Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk syahid di jalan ALLAH.

Sementara, itu, ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengimamkan solat jenazah Allahyarham semalam, menyifatkan kematian Abdul Bari sebagai luar biasa.

Menerusi status yang dimuatnaik malam tadi, beliau menganggap Abdul Bari sebagai seorang individu yang istimewa.

Manakan tidak, masjid dua tingkat di Kampung Gelang Patah, Wakaf Mempelam sesak dipenuhi jemaah yang ingin menunaikan solat jenazah Allahyarham, petang semalam.

“Solat jenazahnya seperti solat jumaat. Memenuhi dua tingkat masjid. Sungguh luar biasa.

“Begitulah kehendak ALLAH, ketika hidupnya dia hanyalah biasa biasa saja tapi ketika matinya ia dijadikan luar biasa oleh ALLAH SWT,” katanya.

Jumaat lalu, Abdul Bari Asyraf, 31, hilang selepas menyelamatkan lima penumpang Mitsubishi Storm yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu, di Pulau Warisan.

Jasad Allahyarham ditemui jam 7.24 pagi semalam di sekitar muka kuala tanjung, pada jarak 2.5 km daripada lokasi dipercayai lemas.

Sumber :sinarharian

 

Allahyarham Abdul Bari @ Pok Rok; Lahirmu ke dunia tidak ramai yang tahu namun, ramai orang yang ambil tahu bagaimana ‘pergimu’ sambil mengiringmu dengan jutaan DOA

Allahyarham Abdul Bari @ Pok Rok; Lahirmu ke dunia tiada ramai yang peduli namun MATTIMU, ramai orang yang ambil tahu sambil mengiringmu dengan jutaan DOA

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ …

Tidak ramai yang mengenali Allahyarham Abdul Bari bin Asyraf @ Pok Rok sewaktu dilahirkan 31 tahun yang lalu namun kemattiannya mencetuskan fenomena di kalangan seluruh rakyat Malaysia terutama sekali di media sosial.

Keberaniannya usah dipertikaikan lagi…

Namun ada sesuatu yang sungguh ANEH tetapi sangat MENGHARUKAN di saat pengebumiannya… Begitu ramai sekali manusia yang hadir untuk penghormatan terakhir buatnya, solat jenazzah dan seterusnya mengiringi jenazzahnya ke perkuburan..

Sungguh, Allahyarham bukan orang kenamaan atau pimpinan dalam masyarakat namun Allah mengangkat DARJAT dan MEMULIAKAN di saat pengebumiannya…

Hati ini masih tertanya-tanya apakah amalan atau kebiasaan Allahyarham sewaktu hidup lantaran begitu hebat PENGHRGAAN manusia kepadanya..?

Semoga Allah mengampunimu dan menerimamu sebagai hamba yang soleh di sisiNya, aamiiin…

link sumber; Mohd Zaki Talib

Video

Jenazah Abdul Bari Akan Dikebumi Selepas Zohor

TRAGEDI SUNGAI TERENGGANU | Jenazah Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd baharu sahaja dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dituntut ahli keluarga pada jam 10.53 pagi. Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Patah selepas solat Zohor.

Posted by Buletin TV3 on Saturday, 9 February 2019

Jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan

[VIDEO] Jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan.Layari https://bit.ly/2ti8eZe untuk berita lanjut.Video oleh AZLAN BAHRUM

Posted by Kosmo Online on Sunday, 10 February 2019

Sumber: telaga nan biru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *