Macam Kembar.. 3 Selebriti Ini Punyai Muka Seiras Dengan Pasangan..No 3 Tu Dah Lama Tak Dengar Cerita Beliau

Mungkin ada sesetengah netizen yang tidak familiar dengan pelawak Fad Bocey sehinggakan mereka menyangka isteri pelakon tersebut adalah adik beradik. Mungkin kerana wajah mereka nampak seiras.

Biasa orang cakap muka pasangan nampak seakan-akan sama jodoh panjang kan. Walaupun mungkin tidak seratus peratus sama, mungkin seorang kulitnya gelap dan satu lagi cerah, bentuk mukanya yang satu lonjong, yang satu bulat, tetapi namun nampak mirip.

Memang sekali pandang, ada persamaan antara fad Bocey dan isterinya. Selain Fad, ada lagi beberapa artis lain yang wajah mereka hampir sama dengan pasangan. Antaranya Irma Hasmie dan Jehan Miskin.

Mari kita tengok betul2..hehe

1. Fad Bocey dan Isteri

Pelawak Fad Bocey bersyukur apabila isterinya, Nur Syahirah kini sudah berubah dengan penampilan berhijab.

Menurut Fad, hatinya kini semakin tenang.

“Syukur alhamdulillah, tenang hatiku,” tulisnya.

Fad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fad memuat naik foto isterinya yang bertudung hitam sedang tersenyum.

Rata-rata oengikutnya juga gembira dengan perubahan dan penghijarahan Syahirah serta mendoakan dia terus istiqamah.

Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.- gempak.com

2. Irma Hasmie & suami

Pengacara dan pelakon Irma Hasmie mengakui suaminya, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif bergelar seorang pelakon.

Menurut Irma, sekarang bukan masanya yang sesuai untuk dia aktif berlakon semula kerana ingin memberi tumpuan pada anak-anaknya.

“Sejak awal lagi suami tidak pernah halang saya untuk berlakon pun tapi saya yang tidak mahu aktif semula.

“Ini kerana jika berada di lokasi pengambaran akan mengambil masa yang lama jadi saya bimbang tidak dapat memberi komitmen kerana risau keluarga akan terabai.

“Sekarang ini saya dan suami yang uruskan anak-anak kerana kami tidak ada pembantu.

“Mungkin suatu hari nanti bila semuanya dah ok saya akan kembali semula untuk berlakon,” katanya kepada Gempak.com

3. Jehan Miskin & Isteri

Nama Jehan Miskin sebenarnya tidak asing lagi dalam dunia seni tanahair. Beliau merupakan seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia.

Kelibat pelakon Jehan miskin amat jarang kelihatan dikaca televisyen. Mungkin kesibukkan dengan tugas-tugas lain menyebabkan dia jarang beraksi di pentas lakonan lagi. Adakah beliau sudah bersara di Bidang Seni?? Patut jarang masuk TV sekarang bahagia bersama isteri.. semoga berbahagia ke JannahNya.

 

Foto Menarik Jehan Miskin Bersama Keluarga Isteri di Korea Selatan..??

Setahun masa berlalu seperti baru sahaja mendengar khabar mengenai Jehan Miskin yang akan beristerikan gadis dari Korea Selatan bernama Julie Camelia Rhee. Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka tersebut, pasangan bahagia ini sedang berlibur di Jepun dan juga negara asal Julie, Korea Selatan.

Melalui Instagram aktor berbadan sasa tersebut, mereka baru sahaja meninggalkan Jepun dan kini berada di Korea Selatan bersama-sama keluarga Julie termasuklah pasangan datuk dan nenek mereka yang berusia lebih 90 tahun.

Antara lain adalah pertemuan Jehan dan Julie dengan ahli keluarga juga sebagai memohon restu kerana menerima Jehan ke dalam keluarga mereka serta mengambil berkat Harabuchi (datuk) Halmoney (nenek) dan berharap perkahwinan mereka juga kekal seperti kedua-dua mereka.

Untuk info tentang pasangan ini, Jehan, 34, mula bertemu dengan Julie, 29, seorang wanita berbangsa Korea sekitar lima tahun lalu di sebuah gimnasium di ibu kota. Selepas tiga tahun, Jehan memilih Julie menjadi calon isteri yang diinginkannya dan telah melamar Julie pada tahun 2012 di Menara Seoul, Korea. Pasangan tersebut telah diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang di Carcosa Seri Negara.

Tidak kisahlah walau di mana sahaja destinasi  aktor kacak ini, diharapkan semoga Jehan dan isteri akan bergembira di sana.

Untuk pengetahuan anda semua Jehan dan Julie telah melangsungkan pernikahan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. – duniakecoh!

Pasangan Muka Sama

Menurut seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.

Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?

1. Berkongsi Pengalaman yang Sama

Antara sebab utama mengapa wajah kita seakan-akan wajah isteri atau suami kita adalah kerana kita berkongsi pengalaman yang sama sepanjang menjalani rumah tangga berdua. Termasuklah perkara sedih, gembira, menarik, membosankan, dan pelbagai lagi aspek kehidupan lain – kita melakukan dan menempuhinya bersama dengan pasangan kita.

Secara tidak langsung, perasaan yang kita alami bersama sepanjang tempoh perkahwinan kita itu telah membentuk personaliti, bahasa tubuh, dan keadaan fizikal yang agak serupa.

Malah, pengalaman yang sama kita tempuhi itu juga telah membentuk garis-garis kedutan pada wajah yang serupa seperti pasangan kita – bentuk, panjang, dan di tempat yang sama!

2. Kita Meniru Eksperi Muka Pasangan Tanpa Sedar

Kadangkala, kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku. Antara sebab kenapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama adalah kerana kita terdorong untuk meniru ekspresi muka pasangan kita tanpa disedari.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Robert Zajonc, semakin lama kita menghabiskan masa dengan pasangan kita – setelah bertahun-tahun – semakin cenderung untuk kita meniru ekspresi atau mimik wajah mereka.

Ini kemudiannya mengubah rupa paras kita sedikit demi sedikit sehingga menjadi kelihatan seiras dengan suami atau isteri kita!

3. Pengaruh Komunikasi atau Hubungan Sosial yang Lama

Melalui penemuan ini juga, boleh dirumuskan bahawa rupa paras yang serupa bukan sahaja bergantung kepada genetik atau pewarisan biologi keluarga, malah kepada komunikasi sosial yang berpanjangan.

Untuk mudah faham, kita perasan tak apabila kita melihat bangsa lain, bagi kita, rupa mereka semuanya sama.

Apabila kita melihat mat saleh, kita rasa wanita atau lelaki mereka kelihatan sama sahaja di mata kita. Atau, apabila kita melihat susuk tubuh atau wajah pak arab atau mak arab, sukar untuk kita membezakan antara satu dengan yang lain – mereka kelihatan seiras!

Begitu jugalah dengan fenomena wajah suami dan isteri! Ia adalah akibat hubungan sosial antara suami dan isteri setelah bertahun-tahun bersama.

Memang masuk akal juga jika difikirkan lagi.

Jika ada yang berkata-kata tentang wajah anda yang serupa dengan pasangan, mungkin anda boleh memberikan penerangan di atas kepada mereka.

Sumber: TheAseanParent Malaysia & Keluarga

Via sweetnutella. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *