Mak aku dah macam hamba orang gaji dia je, “sikit2 mak, tolong tengokkan pampers Azrin tu, mak tolong basuh kan”. Alasan dia, cuma penat.

Aku lihat sendiri apa yang terjadi pada keluarga mertua aku. Sepatutnya, di usia tua, adalah masa di mana ibu bapa kita menikmati usianya.

Penat semasa muda bekerja demi anak-anak, biarlah di usia yang kian melonjak, mereka menikmati hidup yang berbaki entah berapa lama lagi.

Biar mereka menikmati dan fokus pada diri dan ibadah mereka. Tapi lain pula mertua ku. Di usia menghampiri 60-an, terpaksa menjaga cucu-cucunya.

Kadang aku menyalahkan mertua ku kerana mereka yang merelakan diri mereka menjadi hamba anak-anak. Tapi, ibu bapa mana yang sanggup membiarkan anak dan cucu mereka? Maka, aku menyalahkan ipar dan biras ku dalam perkara ini!

Belajar tinggi2 bila dah kahwin,masih menyusahkan mak bapa lagi. Memang aku tgk kenaifan mereka berfikir bab penjagaan anak, masih mengharapkan mak bapa sendiri.

Aku yang masih di usia muda ini, belum pon mencecah angka 3 dihadapan, merasa penat menjaga anak kecil, inikan pula mertua ku. Tapi siapa aku untuk menegur mereka?

Aku hanya menantu dalam keluarga ini. Kang bila aku bersuara,ada yang masam muka pula, aku hanya jadi pemerhati gelagat ipar dan biras aku sahaja dalam rumah ini.

Jika ipar aku tidak berkemampuan, mungkin aku boleh terima anak-anak mereka di jaga oleh mertua ku. Tapi, lebih dari sekadar mampu.

Jelik terasa bila mereka bongkak berkongsi gambar makan makanan mewah. Bertambah jelik bila mereka berkongsi cerita mereka berbelanja sakan membeli barangan online.

Ada sekali tu baru balik makan malam sekeluarga, angah kakak kepada suami ku. Anaknya dalam likungan 3 tahun masih menggunakan pampers. Tiba tiba ada bau busuk keluar mungkin budak ni berak bisik aku kepada suami.

Boleh dia cakap ‘mak,tolong tengokkan pampers Azrin tu, kenapa ada bau macam dia berak saja, kalau dia berak, mak tolong basuh kan, orang penat la”

Allahu sedih aku dengar kata kata itu keluar dari mulut seorang anak. Aku time tu tros ambil azrin bawa ke bilik air tukar tros pampers nya, sambil suruh mak mertua aku masuk ke dalam bilik saja,yg ini aku yg tolong uruskan.

Boleh pula angah tros masuk blik tak bagi pampers apa semua, da kira cukup baik la aku tolong basuhkan berak anaknya itu. Bertuahnya punya ibu.

Suami aku terus panggil lah si angah ni, da aku yg cuci berak anaknya, nak lepas tangan macam tu saja. Bertengkar juga kitaornag malam tu.

Bila aku masuk bilik mak nak salam nk pulang ke rumah, aku lihat mak menangis di bucu katil. Allahu sedih aku tengok. Dari mencari kepuasan duniawi, kenapa tidak kau mencari redha demi akhirat?

Membebankan orang tua mu, adakah itu kepuasan dan kesenangan bagi pihak korang? Walau sebanyak mana wang yang korang berikan kepada mereka, tidak setanding dengan masa mereka yang terbuang demi menjaga anak-anak korang.

Sedangkan masa mereka mungkin hanya berbaki entah berapa banyak lagi. Bila mertua ku punya urusan lain dan tidak dapat menjaga anak-anak mereka, pasti aku menjadi mangsa ipar dan biras ku.

Pasti aku yang diminta untuk menjaga anak-anak mereka. Sedang aku punya tanggungjawap aku sendiri. Kenapa tidak, kamu sebagai ibu bapa yang mengambil cuti dan menjaga anak-anak korang?

Takut menghantar anak ke taska? Takut anak di apa-apakan penjaga? Bagi ku, itu semua alasan! Alasan untuk memudahkan kerja korang. Menyenangkan tanggungjawap korang. Melepaskan bontot korang sahaja, tanpa menghiraukan penat lelah orang tua mu.

Terlalu sibuk menguruskan cucu-cucu dan hal harian di rumah, sehinggakan terabai tanggungjawap mertua ku pada Ilahi. Sepatutnya, di usia itu, mereka sibuk memantapkan diri dengan urusan akhirat.

Jika tidak menjaga cucu-cucu mereka, mungkin mereka boleh menyertai kelas-kelas agama dan beribadah semahunya. Entah apa yang mereka fikirkan.

Tidakkah mereka fikir sebagaimana apa yang aku nukilan kan? Tidakkah mertua aku terfikir, yang mereka menjadi hamba kepada anak mereka sendiri?

Tidakkah mereka merasa yang umur mereka mungkin hanya berbaki berapa tahun sahaja lagi. Layakkah mereka peroleh syurga abadi jika mereka terlalu sibuk demi kepentingan anak sendiri.

Bagi ku, sebagai anak, cukuplah kita menjadi bebanan semasa kita kecil. Cukuplah menyusahkan kedua ibu bapa mu.

Beri mereka merasai nikmat kehidupan setelah penat membesarkan kita. Galas tanggungjawap mu tanpa membebankan kedua orang tua mu.

Dan bagi ku, sebagai ibu bapa, layaknya korang untuk bersuara. Bersuara lah demi kepentingan diri mu. Bersuaralah demi mendidik anak-anakmu untuk lebih bertanggungjawap.

Jika mereka (anak-anak mu) telah mempunyai cahaya mata, itu tidak bermakna yang mereka tidak layak lagi ditegur dan dididik.

Tugas korang sampai di situ sahaja, tanggungjawap korang cukuplah pada anak-anak sahaja. Biarlah anak-anak korang memikul tanggungjawap mereka.

Ibu bapa, tegur dan didiklah sebaiknya. Hidup bukan hanya dunia, tapi akhirat sana. Anak-anak, fikirlah demi mereka (ibu bapa). Cukuplah, jangan kau jadikan mereka hamba.

Sumber: khalifahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *