Makin Lain, Lihat Perubahan Preity Zinta Dulu & Sekarang

Pertama kali penulis melihat aktres berlesung pipit di layar perak ketika menonton filem Dil Se. Penulis jatuh cinta melihat kemanisan dan raut wajahnya yang sedap mata memandang. Siapa sangka beliau sudah meniti usia 44 tahun dan kejelitaan masih diperkatakan sehingga kini.

 

Lesung pipit merupakan trademark Preity Zinta. Foto – Twitter

 

Yang tidak sedap didengar ialah Preity Zinta dikhabarkan melakukan botoks dan suntikan filler di pipi. Walaupun beliau menafikan sekerasnya tetapi banyak foto sebelum dan selepas dengan perubahan ketara berlegar di media sosial, yang terang dan jelas beliau melakukan beberapa prosedur membetulkan wajahnya. Biasalah bila usia dah senja pasti ada rasa insecure dengan penampilan diri dan surgery adalah jalan pintasnya.

Jom lihat transformasi aktres cantik manis ni..

#1 Preity Zinta debut menerusi filem Dil Se pada tahun 1998. Bergandingan bersama Shah Rukh Khan dan Manisha Koirala menjadikan beliau antara aktres terhangat masa itu. Lagi satu kerana rupa parasnya yang langsung tidak menampakkan wajah klasik India.

 

 

#2 Menjadi tunjang utama filem Har Dil Jo Pyar Karega (2000) bersama Salman Khan dan Rani Murkherjee. Di sini Preity tampil imej lebih moden dan bebas dengan fesyennya yang ranggi, up-to-date dan berambut pendek.

 

Foto – Pinterest

 

#3 Nampaknya Preity Zinta memang sinonim dengan rambut lurus separa bahu, beliau jarang sekali berambut kerinting. Menerusi filem box office Kal Ho Na Ho bersama Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan pada 2003, Preity masih mengekalkan imej sebegitu.

 

Foto – Pinterest

 

#4 Terjun ke dunia perniagaan, Preity Zinta telah membeli saham kelab kriket India, Kings XI Punjab pada tahun 2008.

 

Foto – Fashion

 

#5 Tanggal 28 Februari 2016, Preity menamatkan zaman bujang dengan lelaki Amerika, Gene Goodenough. Dan peminat mula sibuk ‘membawang’ perubahan wajah Preity yang tidak lagi miliki “chubby cheeks” idaman.

 

Foto – India Times

 

Sekarang

Mungkinlah wajah Preity agak berubah sedikit. Walaubagaimanapun, beliau menolak dakwaan pembedahan plastik dan menjelaskan faktor usia penyebab dia berubah, “I’m sorry to say, we all change, we all grow up.”

 

Foto – Pinterest

 

Foto – Arkib Wanista

 

Foto – Social News XYZ

 

 

Anda rasa Preity buat ‘sesuatu’ di wajahnya ke?

 

sumber: wanista

Leave a Reply