Mark Adam Dikecam Sebab ‘bodyshame’ Sherry, Alif Satar Pula Dipuji Selamatkan Keadaan

Siaran langsung Big Stage semalam telah menyebabkan nama Alif Satar dan Mark Adam trending di Twitter gara-gara satu insiden yang tidak dijangka.

Semasa memberi kritikan kepada peserta bernama Chaleeda, Mark meminta agar gadis dari Thailand itu berusaha untuk memperbaiki vokalnya, dan membandingkan peluang ‘besar’ menyertai pertandingan itu dengan Sherry yang juga ‘besar’.

Gurauan Mark yang dianggap kasar membuatkan ramai yang jelas terkejut dengan komennya, malah Sherry juga tidak dapat berkata apa-apa dan kelihatan tersinggung.

Namun Alif Satar dengan pantas menjernihkan keadaan itu dengan mengiyakan kata-kata Mark kerana katanya Sherry memang berbakat ‘besar’, yang mana menurut Mark itulah maksud sebenar yang cuba disampaikannya.

Perkara itu telah membuatkan ramai yang terkesan dengan kata-kata Mark kerana dilihat sebagai mengejek orang yang bersaiz besar namun ramai yang memuji cara Alif Star menangani situasi itu dengan baik dan profesional.

‘Tabik hormat pada Alif Satar…”

“Bila orang ramai nak sedar yang ‘body shaming’ bukan lawak?”

 

 

“Perlukan lebih ramai kawan macam Alif Satar…”

 

“Reaksi muka dia nampak tersinggung…”

 

Mungkin Mark tiada niat untuk memalukan Sherry seperti itu namun risiko mengendali rancangan secara langsung dan spontan memang besar kerana sesiapa sahaja boleh tersilap cakap.

Sumber: TwitterYoutube via HCL&lepatpisang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply