Masih ingat lagi Shima ‘Teringin’ Yang Pernah Popular Pada 90an. Beginilah Keadaan Hidup Beliau Sekarang

NAMANYA pernah gemilang sekitar 1990-an apabila lagu berjudul Teringin dan Setelah Aku Miliki menjadi siulan ramai ketika itu.

“Pelik juga sebenarnya. Nasib saya tidak sama seperti rakan lain yang menyertai GV. Selepas program tersebut saya tidak banyak menerima undangan nyanyian”- Katanya kepada Utusan Online

Namun pada awal tahun 2000 nama Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman semakin pudar kerana tidak lagi aktif menyanyi.

Setelah lama menyepi, dia muncul semula selepas menyertai Gegar Vaganza musim pertama (GV1) pada 2014.

Kurang Terima Undangan Nyanyian, Shima Berniaga Warung Tepi Jalan

Namun, penyertaannya itu tidak seperti yang diharapkan kerana selepas program itu tamat, namanya kembali senyap dan tidak banyak menerima undangan nyanyian.

Bagi membantu ekonomi keluarga, Shima dan suami turut memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur.

Kurang Terima Undangan Nyanyian, Shima Berniaga Warung Tepi Jalan

“Sebenarnya idea untuk memulakan perniagaan sudah lama difikirkan.

Dahulu saya sering masak untuk rakan-rakan dan mereka memberi sokongan untuk saya memulakan perniagaan.

Tetapi, dek kerana kekangan waktu niat tersebut tidak pernah menjadi.

Kurang Terima Undangan Nyanyian, Shima Berniaga Warung Tepi Jalan

“Malah, rencana untuk membuka restoran juga tidak berlaku. Banyak proses yang perlu dilakukan dan saya tidak jumpa rakan niaga yang sesuai.

“Sekarang rasanya masa yang tepat untuk memulakan perniagaan. Saya hanya berniaga secara kecil-kecilan.

Jika usaha ini menjadi, siapa tahu satu hari nanti impian untuk membuka sebuah restoran akan tercapai,”

katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia Online.

Kurang Terima Undangan Nyanyian, Shima Berniaga Warung Tepi Jalan

Bagi sesiapa yang berminat merasai air tangan Shima, boleh datang ke warungnya yang diberi nama Warung Teringin di hadapan Pangsapuri Lestari, Damansara Damai, Selangor.

Shima yang memulakan perniagaan Warung Teringin di hadapan Pangsapuri Lestari, Damansara Damai, Selangor. Menurut Shima, walaupun dia kurang aktif dalam bidang nyanyian, tidak bermakna Shima mahu terus berhenti. Dia juga tidak pernah kisah jika ada beranggapan memulakan perniagaan di tepi jalan dek kerana sudah `sendu’ dan tidak laku.

Kini Shima tampil dengan imej berhijab selepas pulang menunaikan Umrah pada tahun lepas. Penampilan baharunya membawa seribu satu makna buat Shima ketika melawat kota suci Mekah dan menjentik hati wanita berusia 50 tahun ini untuk terus mengenakan hijab sebaik sahaja pulang dari rumah Allah.

“ Sejujurnya, saya memang teringin dan menyimpan niat untuk memakai tudung sejak dulu lagi. Pernah terdetik di hati saya, sekiranya diizinkanNya untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci, saya ingin terus tampil dengan imej berhijab. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, saya mendapat tawaran untuk mengerjakan ibadah umrah bersama rakan-rakan artis yang lain dimana ia ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 26 Januari tahun lepas.

PERKAHWINAN

Umum mengetahui, empat kali rumahtangga yang dibina Shima sebelum ini menemui titik noktah. Namun, mengakui bahawa perancangan Allah itu Maha Berkuasa, penyanyi yang turut popular menerusi lagu ‘setelah aku kau miliki’ ini kembali bergelar isteri setelah bertemu jodoh kelimanya dengan pemuda bernama Abdullah Rusli, 42, pada tahun lalu.

“ Saya kenal dengan suami saya sudah agak lama. Kami berjumpa ketika saya berpindah ke Pangsapuri Lestari yang terletak di Damansara Damai dan dia memang tinggal di Pangsapuri yang sama tetapi berlainan blok. Dari situlah berputiknya perkenalan kami berdua selama dua tahun dan seterusnya membawa hubungan ini kepada ikatan yang sah.

Saya tertarik dengan kejujuran dan keihklasan suami saya hingga ada segelintir orang yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dia. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membantu orang di dalam kesusahan. Meskipun suami saya lapan tahun lebih muda daripada saya, namun pemikiran dia nampak sangat matang.

Dia juga seorang yang sangat memahami. Malah, dia menerima diri saya seadanya walau diberitahu tentang keadaan kesihatan yang makin merosot. Ini kerana, saya menghidapi sakit saraf dan cakera tergelincir (slipped disc) sekali gus mengehadkan pergerakan saya untuk membuat kerja-kerja rumah seperti isteri-isteri lain.Itulah yang membuatkan saya terharu lantas menerima lamarannya.

HARAPAN

JAN 04 2019 NONA LEE PERSONALITI SHIMA

 

Saya mengharapkan perkahwinan ini hingga ke Jannah. Sudah beberapa kali saya berkahwin namun jodoh tidak bepanjangan. Pernah saya bernikah dengan warga asing namun ia bukanlah perkara yang mudah. Begitu berat tanggungjawab yang saya harus pikul untuk membimbing dia ke jalan yang benar dari segi akidah, agama dan sebagainya. Saya sebagai orang islam perlu kuat menempuh setiap dugaan yang datang.

Hasil perkahwinan saya sebelum ini juga tidak dikurniakan zuriat. Mungkin belum ada rezeki saya ketika itu tambahan pula dengan penyakit yang saya hidapi. Namun saya amat faham dengan keadaan kesihatan saya dan hal ini mungkin tidak mengizinkan untuk mempunyai zuriat sendiri. Saya dan suami redha dengan ketentuanNya.

Alhamdullillah, sudah tiga tahun kami melayari bahtera perkahwinan bersama.Suami saya merupakan sahabat, teman ketawa dan teman bergaduh. Dialah segalanya bagi saya. Dia banyak membantu saya dalam menguruskan rumahtangga termasuk bisnes warung yang saya usahakan.

Bila tiba ulang tahun perkahwinan, kami menyambut dengan sederhana sahaja. Sejujurnya, kami tiada meraikannya dengan memberi hadiah yang besar. Cukup sekadar ucapan selamat ulang tahun sahaja. Saya masih ingat, ketika itu sambutan ulang tahun perkahwinan kami. Kebetulan saya teringin nak makan sate. Dia sanggup berjalan jauh untuk membeli sate untuk saya. Walaupun dia bukanlah suami yang terlalu romantis, tapi ia sudah memadai bagi saya, Alhamdulillah.

Selain sibuk menguruskan rumah tangga, Shima dan suami turut memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur. Sesungguhnya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun kurang tawaran nyanyian, Shima tidak terus berdiam diri demi menyara kehidupan. Beliau bersama suami membuka warung yang diberi nama ‘Teringin’ di perkarangan rumahnya untuk menampung hidup.

 

Warung Teringin Shima riuh-rendah…

“SAYA tergamam dan terkejut melihat Ameng datang ke warung ini. Perasaan terharu pun ada apabila melihat dia sudi bertandang ke tempat saya cari makan,” kata penyanyi Shima mengenai kunjungan mengejut Ameng ke Warung Teringin miliknya Khamis lalu.

Shima atau Ku Nazhatul Shima Kamarazzaman, 49, berkata, dia hanya dimaklumkan warungnya akan dikunjungi oleh peminat yang teringin merasa nasi campur dan lauk pauk masakannya.

“Saya langsung tak tahu kejutan ini. Pegawai Perhubungan Awam Artis, Dankerina beritahu saya supaya masak lebih dan pakai cantik-cantik kerana peminat nak datang makan dan bergambar.

“Rupanya ada kejutan kerana ia dirancang oleh Ameng bersama sebahagian ahli kelab peminatnya.

“Malah dia bukan datang sendirian sebaliknya turut bawa bersama Nizam Laksamana, Bagio Damasutra dan komposer Zul Mahat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kehadiran mereka mengimbas kembali kisah lampau terutamanya ketika sama-sama berjuang dalam pertandingan akhir Juara Lagu pada awal tahun 90-an.

“Hubungan rakan artis era dahulu memang rapat. Saya dan Ameng sama-sama bernaung di bawah label Sony Music Entertainment manakala Nizam dan Bagio sering bertemu ketika sama-sama buat show,” katanya

Shima yang popular menerusi lagu Teringin mula mengusahakan warung sebagai pendapatan sampingan selain nyanyian bermula 3 Disember lalu di tapak berhampiran kediamannya di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.

Dia bersyukur kerana permintaannya untuk berniaga mendapat kebenaran daripada pengurusan pangsapuri itu serta menerima sokongan daripada masyarakat sekitar.

“Alhamdulillah, memang tak mengecewakan kerana jualan saya habis setiap hari. Terima kasih terhadap pihak media dan rakan-rakan yang tularkan mengenai perniagaan saya di laman sosial.

“Pelanggan yang datang bukan saja dari sini bahkan ada juga dari Kajang. Mereka peminat saya dan turut bawa bersama CD saya untuk ditandatangan,” katanya.

Shima yang dibantu suaminya, Abdullah Rusli, 41, mengakui bersyukur dengan apa yang diperolehi kerana dapat menampung kehidupan mereka berdua.

“Dengan hasil jualan ini dapatlah kami bayar sewa rumah, selesaikan bil-bil yang perlu serta beli ubat.

“Saya perlu sentiasa makan ubat untuk sakit slip disc dan tak boleh lasak. Begitu juga suami yang kurang sihat kerana pernah kemalangan.

“Kami perlu ke pasar borong seawal jam 1 pagi untuk beli ikan segar. Saya tak suka gunakan ikan sejuk beku dalam masakan,” katanya.

Sementara itu, Ameng dan rakan-rakan lain mengakui terpanggil untuk menyokong Shima dan memberikannya semangat untuk terus mencari rezeki.

“Saya pun dah lama tak jumpa Shima. Kebetulan sebelum ini saya bercuti panjang dan hanya sempat tengok dia dari jauh.

“Saya bukanlah seorang yang berharta dan saya cuba bantu Shima setakat yang termampu dengan datang ke sini.

“Kalau boleh kita sama-sama sokong Shima. Janganlah ada yang dengki. Sebaiknya kita ajak ramai lagi datang supaya perniagaan Shima terus berkembang. Mungkin selepas ini dia mampu buka restoran pula,” kata Ameng.

Kenali Siapa Ku Nazhatul Shima Binti Ku Kamaruzaman

Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman (lahir pada 12 September 1969) atau lebih dikenali sebagai Shimamerupakan seorang penyanyi rock Malaysia sekitar awal tahun 90’an dahulu. Pun begitu, keupayaan beliau menyampaikan lagu pop yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu. Lagu Setelah Aku Kau Milikidan Teringin membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an.

Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor (Ayah Kamaruzzaman Shariff & Ibu Hajah Samuh Hassan).

1989-1990 : Sejarah Awal

Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima. Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan puteri-puteri rock yang lain. Lagu Di Sebalik Sejuta Wajah ciptaan Umarul (Iklim) ini sebenarnya begitu popular pada masa itu hingga menaikkan nama Shima antara sebagai penyanyi wanita baru yang popular waktu itu.

Kisah Shima bukan habis setakat itu, malah selepas kemunculan pertamanya bersama kumpulan itu, muncul pula gosip kononnya Shima bergaduh dengan Ella gara-gara The Boys. Populariti yang dikecapi bukan sahaja telah mencatatkan sejarah dalam diari Shima sebagai anak seni, malah ia juga telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat Ella & The Boys ketika itu.

Sedari awal Shima tahu apabila muncul bersama The Boys ramai yang menganggap dia merampas kumpulan itu daripada Ella. Tetapi sebenarnya, The Boys menawarkan beliau yang ketika itu menyanyi di sebuah kelab di Kelang untuk menjadi penyanyi utama. Selain Shima, Bibiyana Layola Lee juga pernah menjadi penyanyi The Boys ketika itu.

Hakikatnya, jodoh Shima bersama The Boys hanya bertahan untuk satu album sahaja. Shima kemudian meninggalkan The Boys untuk meneruskan karier secara solo dan masih mendapat sokongan daripada The Boys sendiri.

Kehidupan Peribadi

Shima mula menyanyi ketika berusia 18 tahun bersama The Boys. Pada tahun 1990, Shima mendirikan rumahtangga bersama pemain keyboard kumpulan itu iaitu Satiman. Perkahwinan pada usia muda ternyata tidak menjanjikan kebahagian buat Shima. Biarpun Satiman begitu menyokong karier Shima malahan terbabit dalam penerbitan album beliau, hubungan mereka berdua tidak kesampaian. Pada tahun 1994, Shima dan Satiman bercerai.

Seterusnya, Shima berkenalan dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996 dan seterusnya mendirikan rumahtangga. Namun panas tidak berpanjangan, jodoh Shima dan Khairun juga tidak panjang. Mereka berpisah pada tahun 1998.

Sejak berkahwin dengan jejaka berasal dari Kanada pada tahun 2003, Shima bersyukur kerana perkahwinan ketiga itu kekal sehingga hari ini. Menurut Shima, walaupun suaminya bukan orang Melayu tetapi seleranya yang lebih Melayu dan suka makan di rumah membuatkan Shima teruja menjadi suri rumah yang memasak pelbagai resepi Melayu dan Barat.Walaupun kadangkala dia ingin hidup seperti orang biasa tetapi sesekali dia akan memenuhi tawaran menyanyi untuk dinner show dan juga di hotel. Suaminya juga tidak pernah menghalang beliau menyanyi asalkan kontrak persembahan hanya hotel di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Menurut Shima, menyanyi di lounge bukanlah mudah. Setiap malam dia harus menyanyi selama 180 minit yang dibahagikan kepada empat segmen. Selain lagu-lagu permintaan pengunjung, antara lagu-lagu yang sering dinyanyikan Shima ialah lagu-lagu popular Frank Sinatra, Nat King Cole di samping lagu-lagu hitsnya.

Setelah album Ke Pangkuanmu tidak dapat membantunya meneruskan kerjaya dalam bidang seni, Shima lebih banyak menumpukan perhatian pada rumah tangga.

 

Artikel By Klviral via theexpressviral via nona

Leave a Reply