“Memang perit, tapi puas hati”. Sebaik Dibebaskan, Ini Ayat Yang Diungkapkan Oleh Lelaki Yang Ditahan Menampar Wanita Gara2 Signal

” Tidak pernah terfikir masuk lokap, cukuplah empat malam. Semua yang berlaku ada pengajaran tersendiri,” ujar lelaki yang tindakannya menampar seorang pemandu wanita gara-gara tidak memberi ‘signal’ Rabu lalu, tular.

Mohd Syukrey Adin, 37, berkongsi pengalamannya bersama mStar selepas insiden tersebut yang berlaku di Jalan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur, sekali gus menyebabkan dia terpaksa ditahan di lokap selama empat hari.

Menurut Mohd Syukrey, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bermalam di tilam simen itu, tetapi sedar apa yang berlalu ada hikmah tersendiri.

Mohd Syukrey mencium dahi isterinya Faridah Mohd Yatim selepas dibebaskan dari lokap pada Isnin.

Dia disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

” Semua sudah tahu punca kenapa saya memukul wanita itu dan saya sudah pun menerima hukumannya dengan dua kesalahan.

” Memang perit tetapi dalam masa sama saya berpuas hati kerana saya percaya apa yang berlaku dapat memberikan pengajaran kepada semua,” ujarnya.

Mengimbas kembali insiden tular itu, Mohd Syukrey sedar situasi seperti itu tidak akan berlaku jika semua pengguna jalan raya mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab terhadap pemanduan masing-masing.

Dia juga mengaku marah jika melihat mana-mana pemandu bercakap telefon semasa memandu kerana ia boleh membahayakan nyawa orang lain, terutamanya penunggang motosikal.

” Tetapi dalam insiden hari tu, saya pula dimarahinya. Mungkin kalau dia angkat tangan atau minta maaf benda ni takkan jadi.

” Saya manusia, ada perasaan tapi saya takkan suka-suka pukul orang lain. Tetapi itulah, bila keadaan tak terkawal, saya terus bertindak macam tu.

” Dalam video nampak seperti saya tumbuk, tapi sebenarnya saya hanya tolak muka dia,” katanya sambil mengakui perlu lebih bijak mengawal kemarahan selepas ini.

Ketika dalam tahanan polis, Mohd Syukrey berkata dia telah mengaku semua kesalahannya.

” Saya memang mengaku salah dengan apa yang telah saya buat. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Saya dikenakan denda dan dibebaskan pada Isnin.

” Saya harap pemandu-pemandu kenderaan lain supaya lebih bertanggungjawab. Nyawa kami penunggang motosikal ni terletak di tangan anda.

” Saya dah banyak kali berdepan dengan situasi pemandu macam tu, harap insiden seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya yang kembali memulakan tugasnya sebagai chef pada Rabu.

Terdahulu, “Kaulah b0doh, kaulah gila” punca wanita makan penvmbuk didedahkan. Isteri k0ngsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi ‘signal’

“KAULAH b00doh, kaulah gila” dikatakan menjadi punca seorang pemandu wanita ‘makan’ penampar dan penumbuk seorang lelaki. Kisah ini kecoh di media sosial sejak Khamis apabila sebuah rakaman v1deo tular menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur.

Isteri lelaki tersebut, Faridah Mohd Yatim, 38, tampil memberi penjelasan berkaitan insiden itu yang berlaku pada petang Rabu. Faridah ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak bermaksud untuk menyokong tindakan ganas suaminya yang bekerja sebagai chef itu kerana baginya ‘salah tetap salah’.

Bagaimanapun, dia berasa terpanggil untuk menceritakan versi penuh kejadian tersebut supaya orang ramai yang tidak tahu kisah sebenar dapat membuat penilaian sendiri berbanding terus mengecam suaminya dan keluarga.

“Sebenarnya video yang tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti.

“Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami hampir terbabas,” katanya.

Menurut Faridah, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keledarnya di atas kereta wanita itu kerana terlalu marah.

“Wanita itu tak berhenti atau cuba meminta maaf. Apabila suami saya kejar dan dia berhenti, dia menjawab dengan biadab.

“Suami saya memang panggil wanita itu b00doh kerana memandu secara berbahaya dan boleh membahayakan nyawanya dan wanita itu membalas ‘kaulah b00doh, kaulah gila’, mungkin itu sebabnya suami saya ‘naik angin’,” katanya.

Tambah Faridah, suaminya berkata, kejadian membelok tanpa memberi ‘signal’ itu berlaku kerana wanita itu memandu sambil bercakap telefon.

“Malah wanita itu sendiri cakap ‘aku angkat la telefon sebab ada orang call’ selepas suami saya marah dia guna telefon,” jelasnya.

Menurut Faridah, dia mengaku suaminya seorang yang panas baran, tetapi sepanjang 15 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak, dia tidak pernah ‘naik tangan’.

“Ya saya akui dia memang baran. Tetapi dia seorang suami dan bapa yang penyayang. Saya memang ada beritahu dia, apa yang dia buat tu salah (pvkul wanita) dan dia sendiri mengaku salah,” katanya.

Saya sedar pun suami saya mengamuk kerana sudah hilang sabar dengan kerenah pemandu yang suka main telefon. Dia sudah beberapa kali terjatuh kerana sikap pemandu seperti itu.

Mengenai laporan yang menyatakan suaminya mempunyai rekod lima jen4yah lampau, Faridah menafikannya.

“Saya jelaskan di sini bahawa polis sendiri sudah mengesahkan ia adalah rekod pemilik lama motosikal suami. Suami saya tidak ada sebarang rekod jen4yah.

“Saya sedar pun suami saya mengamuk kerana sudah hilang sabar dengan kerenah pemandu yang suka main telefon. Dia sudah beberapa kali terjatuh kerana sikap pemandu seperti itu,” dakwanya.

Selepas apa yang berlaku Faridah hanya berharap suaminya dapat menjadikannya sebagai pengajaran sambil memberitahu dia menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak berkuasa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek didapati menumbuk kepala dan menampar muka wanita terbabit.

Katanya, wanita itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Kejadian berlaku ketika pengadu yang memandu kereta jenis Honda Civic di laluan kiri Jalan Dato Keramat didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menuduh pengadu masuk simpang tanpa memberikan isyarat lampu.

“Suspek kemudian membuka topi keledarnya dan menghentak bumbung kereta pengadu, semasa mangsa keluar kereta untuk melihat kerosakan yang dialaminya, suspek menumbuk kepala dan menampar muka pengadu.

“Pengadu kemudian dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum tampil membuat laporan polis, pengadu juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu “Signal Punya Pasal…” – Pemandu wanita Kena Tampar Sebab Tak Bagi Signal? Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal memarahi dan menampar muka wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di ibu kota itu, penunggang motosikal terbabit dipercayai berang dengan wanita terbabit tidak memberi ‘signal’ ketika mahu membelok.

Terus Marah

Berdasarkan video berdurasi 34 saat itu, lelaki itu menjatuhkan motosikalnya dan terus memarahi mangsa. Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu segera datang menghalangnya dari bertindak kasar, malangnya terlambat bila lelaki itu sempat menampar muka mangsa sebanyak dua kali.

Halang Lelaki itu

Menjadi Kecoh

 

Keadaan menjadi kecoh, beberapa orang awam tampil membantu meleraikan kejadian itu dari menjadi semakin buruk.

Ditenangkan

Meskipun sudah dihalang, lelaki itu masih tidak berpuas hati dan menengking mangsa.

Video

Komen net1zen

Xbg signal mmg menyusahkan org… Klu hakak pon mnyirap dgn makhluk tak bg signal. Tp jgn la sampai lempang org camtu… Buatnya lempang tu membawak ke rosak muka org, rosak ke telinga org.. Xpsl2 kena saman dek kwn tu pulak… 😑

xbg signal mmg la slah,tpi yg xpkai helmet,sentuhan fizikal pd individu lain,ko rase ko btol sgtt la,mlingkupp la dlm tirai besi

Syabas brader. Ramai kata dia xpakai helmet, video ni dh sekerat, tgk helmet dia bergolek, mungkin dia buka helmet sebelum tu masa nak bercakap dgn prempuan tu. Tu la patut mendapat jenis tak reti bagi signal ni. Ni pasal nyawa kak, sapa tak marah. Mau mati bapak orang tu, hang nak bela ka anak2 dia. Kereta saja mahal, bawak main rodong ja.

Rossa Rossie –Sokong pd abg bawa motor tu. Pengajaran bg pemandu kereta yg malas bg signal. Nyawa bkn blh dganti dgn apa sekali pun. Pelik sy dgn spesis pemandu kereta yg malas bg signal. Lg satu, klu dah buat salah tak bg signal tu, angkatlah tangan minta maaf kat pemandu motorsikal. Tak mati pun klu minta maaf atas kebiadapan sendiri.

Syafiq Azrie –Bro tu mewakili smua mangsa2 yg tak reti bg signal……. hahaha semua persatuan2 tak bagi signal sedunia dah mula buka mata mengenai kes ini….

Awanis Abdul Kadir –Kalau ikut xbole lerr pelempang gitu…tp bila fikir2 elok juga pelempang ….

Aromatic Spa House –Jantan bacul pukul perempuan.aku dah jenuh bertembung dgn kereta yang memandunya lelaki nak kekiri atau kekanan tak bagi signal tak adalah pulak nak turun pergi tampar….nmpk sngt dayus pkl perempuan….

Yna Yanzek –Ala kadang dh bg signal pon motor sibuk nk mencelah, bila jd tragedi sibuk nk salahkan krete.. Motor byk bwk mcm pelesit, tetiba muncul jer.

Indah Haxrila –Fuhhhh..

Isu skrg abg ni bengang sbb perempuan ni x bg signal, klu die trus td mgkin die kemalangan.. Mungkinlaa..

Tapi apa hak lelaki tu nak tampar2 perempuan tu..

Panas baran betul..
Suami siapa ni..!

Memalukan.

Walaupun perempuan tu salah, tak perlu laa nk lempang orang.

Michiko Michi –Aku sokong pmpuan ni kena penampar …..walaupun salah penunggang tu menampar seorang wanita ….aku pun wanita ….tak d nafikan wanita ni memang bila memandu nak belok ….main belok ja ….

Dah bnyak aku jumpa walau pun x semua tp kebnyakkannya begitu…tmbh yang memandu tu makck2 lagi tension kalau ikut belakang ……semoga jadi pengajaran …..lain kali bg signal ……p belajaq memandu takkan x belajar

Aisya Iskandar –amboi… sedap je cakap bagus kalau tampar..

tunggu la family member korang yg kena gini… bukan semua org x pernah buat salah… silap2 korg pun buat, cuma nasib x ditampar/dilanggar je…

Iznsl Nadzham –Syabas brader. Ramai kata dia xpakai helmet, video ni dh sekerat, tgk helmet dia bergolek, mungkin dia buka helmet sebelum tu masa nak bercakap dgn prempuan tu.

Tu la patut mendapat jenis tak reti bagi signal ni. Ni pasal nyawa kak, sapa tak marah. Mau mati bapak orang tu, hang nak bela ka anak2 dia. Kereta saja mahal, bawak main rodong ja.

Apa pula kata anda? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber: The Reporter

 

Kredit:apakes

Sumber: mstar via memorikini

 

Sumber : mstar

 

Leave a Reply