Aksi menyelamatkan lelaki yang hampir le mas dihanyut arus air yang naik mendadak akibat hujan di sungai Klang petang tadi

Sejak akhir akhir ini nama Bomba semakin di bibir rakyat kerana jasa mereka. Bomba tidak pernah berkira apa jua kerja yang mereka lakukan.

Video Bomba Selamatkan Lelaki Berada Di Bawah

Dari selamatkan kucing atas pokok, tolong kanak kanak tersepit kepala di pagar, mencari orang hilang, menangkap binatang seperti ular dan ada kes pelik pelik seperti orang tersepit sesuatu di k3m@luan.

Tugas bomba bukan satu yang mudah kerana hampir semua masalah mereka buat. Haruslah kita berterima kasih kepada mereka.

Apa anda perlu lakukan jika anda akan dihanyutkan arus deras? 

Perkara pertama adalah anda jangan panik tetapi ini lah perkara paling sukar sebab anda sedang bertarung untuk ny@wa anda dan untuk tidak panik adalah perkara yang amat sukar. Tetapi jika anda panik anda tidak boleh berfikir dengan betul.

Cuba berenang ke tepi, jika di sungai cuba berenang sekuat munkin untuk bawa anda ke tepi sungai kerana arus di tengah adalah antara arus yang paling deras

Cuba cari benda yang boleh anda berpaut, pokok pokok atau apa apa objek yang statik adalah perkara paling penting untuk anda cari jika anda terperangkap dalam arus deras.

Minta tolong, cuba jerit minta pertolongan jika anda tidak mampu naikkan diri anda ke darat.

Doa dan tawakal, ini adalah antara perkara penting juga. Banyakkan berdoa kepada tuhan agar anda dapat selamat.

Lelaki hampir hanyut

Tular di media sosial hari ini dimana 2 video rakaman seorang lelaki terperangkap dalam arus deras di sungai yang terdapat di ibu kota Kuala Lumpur. Dikatakan sungai ini berada berdekatan dengan Pertama Complex.

Kelihatan anggota bomba cuba membantu lelaki ini untuk naik ke atas dan akhirnya berjaya. Tahniah kepada anggota bomba.

Video Pihak Bomba Berjaya Selamatkan Lelaki Tersebut

Aksi menyelamatkan Pemancing yang hampir lemas dihanyut arus air yang naik mendadak akibat hujan di sungai Klang petang tadiLokasi : Belakang sogo KL.

Posted by KMV Kisah Mancing Viral on Friday, 12 October 2018

 

Selesai sahaja lelaki itu diselamatkan, orang ramai yang berada disitu bersorak kegembiraan tanda syukur pihak bomba berjaya selamat kan lelaki itu dari hanyut. Tahniah BOMBA

 

Artikel By: KL Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *