Mereka Buat Bising Ketika Azan Berkumandang Tiba Tiba Datang Wanita Ini Jerit Dan Semua Pucat Lesi Membisu

Dalam zaman serba maju ini, pada saat ramai meletakkan dunia sebagai pilihan nombor satu, apakah kita juga akan terikut-ikut dengan lagak mereka? Inilah masanya akal yang waras digunakan.

Video Penuh Berada Di Bawah

Pernahkah terjadi, apabila kita mahu berhenti seketika sewaktu sedang asyik bermesyuarat semata-mata kerana terdengar laungan azan, ramai yang terkejut. Bukannya lama, tidak sampai pun dua minit kerana itu adalah suara menyeru kepada kebaikan.

Padahal mendengar lagu-lagu melalaikan sehingga berjam-jam boleh pula. Ada juga yang berterusan bergosip, berbual perkara mengaibkan dan bergurau senda hingga mengabaikan batas pergaulan tatkala azan berkumandang.

Walaupun amalan menghormati azan nampak kecil sahaja perbuatannya namun apabila terjumpa sebuah hadis yang bermaksud; “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahmu ketika maut menghampiri.” Ah, saya jadi terpana seketika!

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya tidak kita ketahui. Cuba kita amati mengapa kebanyakan orang sedang nazak dan hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa… lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan ‘sakaratul maut.’

Ya. Itulah maknanya hadis tadi. Jikalau sudah sahih ada hadis menyarankan agar mendiamkan diri semasa azan berkumandang, maka usahlah dipertikai. Sebagai orang yang bernama Islam maka wajiblah menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah semasa ajal hampir tiba, tidak dapat mengucapkan kalimah nikmat itu.

Suatu waktu dulu, laungan azan sama ada di radio dan televisyen, akan dimulai dan disusuli dengan doa dan muzik lembut. Ketika itu kita pun mula bangun untuk bersolat. Emak dan bapa sudah mula menjeling-jeling, kita yang asyik bermain atau menonton tv segera bangun.

Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah, masuk sahaja waktu solat, azan hanya ditulis pada skrin. Atau jika di radio, juruhebah hanya memberitahu sudah masuk waktu kemudian diikuti dengan lagu rap yang cintan-cintun atau lagu dangdut yang alahai… Maka tumpuan kita pada azan hilang terbang.

Menurut hadis itu lagi sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah “Lailahaillallah” ketika nyawanya dicabut ALLAH, adalah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka. Tulisan ini tidak lain tidak bukan, ingin mengajak bersama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu ketika nyawa sedang dicabut. SUMBER : Sinar Harian

Makcik Ini Mengamuk Kerana Mereka Tidak Menghormati Azan

Kejadian yang berlaku di Indonesia, kelihatan ramai yang berhimpun di dalam sebuah rumah dan semua sedang bersorak secara tiba tiba datang seorang wanita dan menjerit ” Kenapa Tidak Hormati Azan “.

Wanita ini beritahu ini bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali mereka membuat bising ketika azan berkumandang. Jelas sekali wanita ini tidak berpuas hati dan ketika dia berjumpa dengan penceramah hanya ayat Minta Maaf mampu dikeluarkan. Seluruh orang dalam dewan terdiam dengan kelantangan suara wanita ini.

Video:

Emak-Emak Zaman Now,,,Sendirian Berani Ngelabrak Acara Orang Yang Tidak Menghormati Adzan,,, Mantap Semoga Kita Sebagai Ummat Muslim Bisa Meniru Apa Yang Dilakukan Emak-Emak Ini,,,!#Salam212

Posted by Syahdan Wiro on Saturday, 29 September 2018

Sumber By: KL VIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *