Mereka Sanggup Jadi Macam Ulat Bulu Lembu Jantan Ini Masuk Gelanggang. Tengok Apa Terjadi Akhirnya

Di Sepanyol, terdapat sejenis sukan yang dipanggil matador. Matador ini juga merujuk kepada individu yang akan memegang kain berwarna merah yang dikenali sebagai muleta. Tugas seorang matador adalah membuatkan lembu jantan menyerangnya dan mereka akan menunjukan kecekapan untuk mengelakkan serangan lembu tersebut.

Kemuncak sukan ini apabila lembu jantan tersebut akan dibunuh oleh matador ini apabila tiba masanya. Selain Sepanyol, sukan ini juga dikatakan popular di beberapa negara lain seperti Portugal, Mexico, Peru, Perancis dan beberapa negara lain yang mempunyai pengaruh kebudayaan Portugis dan Sepanyol.

Sukan ini juga pernah mencetuskan pelbagai kontroversi. Pembunuhan lembu-lembu ini ketika pertunjukan ini dilakukan ternyata menimbulkan kemarahan pencipta haiwan. Malah, terdapat juga matador yang terbunuh ketika melakukan persembahan. Ramai pihak turut menuntut supaya sukan ini dihentikan sepenuhnya.

Sukan ini juga telah membuatkan ramai percaya bahawa lembu jantan tidak menggemari warna merah. Malah, ketika musim Hari Raya Haji, mungkin akan kedengaran gurauan yang mengarahkan seseorang yang memakai pakaian berwarna merah agar tidak mendekati lembu yang hendak disembelih kerana dikhuatiri akan menimbulkan kemarahannya.

Persoalannya, adakah warna merah benar-benar membuatkan lembu jantan marah?

Lembu tidak membenci warna merah

sukan matador

Realitinya, lembu sebenarnya tidak membenci warna merah sehingga menyebabkannya menyerang matador yang memegang kain berwarna merah tersebut. Sekiranya matador tersebut memegang kain berwarna hijau dan biru sekalipun, lembu tersebut tetap akan menyerangnya.

Lembu sebenarnya tidak menggemari tindakan matador mengibas-ngibas kain berwarna merah tersebut yang dianggap menjengkelkan (annoying). Lalu, ia menyerang kain muleta tersebut untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Jadi, mengapakah kain berwarna merah menjadi pilihan dalam sukan matador ini? Matador sudah menggunakan kain berwarna merah ini lebih daripada 200 tahun dan tujuannya adalah untuk menutup segala percikan darah daripada lembu atau matador sewaktu beraksi.

Penjelasan dari sudut sains

Daripada sudut sains, terdapat teori yang menyokong pendapat bahawa lembu sebenarnya tidak membenci warna tertentu sahaja iaitu merah.

Menurut Brooke Borel daripada laman web LiveScience.com, lembu merupakan sejenis haiwan yang rabun warna. Oleh itu, ia sesekali tidak dapat mengetahui warna sebenar kain muleta yang berwarna merah ini. Sebaliknya, lembu ini terganggu dan marah dengan tindakan matador yang mengibas-ngibas kain ini.

Fakta ini turut disokong dengan tindakan lembu yang turut akan menyerang kain capote yang dipegang oleh matador. Kain capote ini saiznya lebih besar daripada muleta dan ianya berwarna magenta/ungu pada bahagian depan dan berwarna emas atau biru pada bahagian belakang.

Eksperimen Mythbuster untuk membuktikan teori ini

capote

Bagi membuktikan teori ini, sekumpulan individu daripada rancangan Mythbuster telah mengadakan eksperimen untuk melihat sekiranya warna merah benar-benar membuatkan lembu jantan naik angin. Sekiranya anda tidak tahu, Mythbuster adalah sebuah rancangan sains berunsurkan hiburab daripada Australia dan Amerika Syarikat yang akan membuat eksperimen sains bagi membuktikan atau menyangkal sesuatu teori sains.

Dalam eksperimen ini, 3 orang matador telah diletakkan dalam gelanggang dimana setiap seorang matador ini akan memegang kain muleta yang berlainan warna. Ketiga-tiga warna tersebut adalah merah, putih dan juga biru.

Pada peringkat awal, ketiga-tiga matador ini hanya memegang kain muleta tersebut dan tidak mengibasnya. Apabila ketiga-tiga kain ini dalam keadaan statik, didapati lembu ini tidak menunjukkan tindakan yang begitu agresif untuk menyerang kain ini.

Kemudian, pada peringkat seterusnya ketiga-tiga matador diarahkan untuk mengibaskan kain muleta masing-masing. Pada ketika ini, didapati bahawa lembu tersebut menjadi marah dan menyerang ketiga-tiga matador ini dengan begitu agresif sekali.

SUMBER : Iluminasi

Kenapa Mereka Buat Kerja Gila?

Rasanya mereka ini bosan duduk rumah dan tak tahu nak buat apa, jadi mereka reka permainan yang agak bahaya ini untuk suka suka. Anda tengok la sendiri betapa pandainya mereka semua .. haha!

Sumber:klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *