‘Motif Nak Bagi Laluan’- Nazim Othman Bengang Dengan VIP

Terbaru, menerusi Instagram Stories, pelakon dan model terkenal, Nazim Othman telah memuat naik video mempersoalkan kewajaran dan sama ada perlu bagi pengguna jalan raya memberikan ruang kepada konvoi individu kenamaan atau ‘VIP’. Nazim menulis kapsyen;

“Motif wajib bagi laluan kat engkau?”

Menerusi video pendek itu, Nazim yang sedang memandu di jalan raya dalam terowong SMART tiba-tiba didatangi beberapa pengiring Polis yang menaiki SUV telah mengarahkan pemilik kenderaan yang melalui jalan tersebut memberi laluan kepada sebuah kereta yang membawa individu kenamaan.

Tidak wajib bagi laluan

Memang ada benarnya apa yang diluahkan oleh Nazim Othman ini. Memetik sumber artikel daripada Paultan.org ,  pakar undang-undang Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos, menyatakan bahawa tindakan memberikan ruang kepada konvoi individu kenamaan atau ‘VIP’ itu adalah tidak perlu.

Ujarnya, ini adalah kerana tidak ada undang-undang memperuntukkan supaya perlu memberikan laluan kepada konvoi VIP apabila di jalan raya. Namun katanya ia perlu jika diteliti berdasarkan situasi yang tertentu.

Adakah amalan enggan memberi laluan memperlihatkan satu pandangan yang tidak baik? Apa pandangan anda?

Sumber:hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *