‘Muslim Dialu-alukan Disini’-Laungan Demo Aman Warga Melbourne Buat Umat Islam Terharu

Hari ini, genaplah seminggu tragedi berdarah  di dua buah masjid di Chr!stchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang jemaah.

Susulan dengan kesedihan dan trauma yang dialami oleh umat islam di negara itu, rakyat New Zealand turun padang untuk mengawal dan melindungi jemaah-jemaah yang mengerjakan solat Jumaat.

Lebih terharu lagi apabila rakyat-rakyat dari Melbourne, Australia melakukan satu demonstrasi aman dengan memberikan sokongan terhadap umat Islam beberapa hari lalu.

No hate, no fear, muslims are welcome here”

Rasa terharu, sebak pun ada bila melihat sokongan moral daripada warga Melbourne ini. Sebagai umat islam, sudah semestinya mereka gembira kerana tak sangka agama islam yang selama ini dianggap negatif ini rupanya masih boleh diterima oleh orang-orang yang bukan beragama islam di negara barat ini.

Perkongsian ini meraih lebih daripada 18,000 retweets sejak ia dimuat naik di Twitter pada 19 Mac lepas. Rata-rata umat islam bahkan ada yang bukan sekalipun terharu melihat orang ramai melaungkan kata-kata itu.

 

Makes me feel welcomed – Netizen

Allahuakbar admin pun tengok rasa macam nak nangis je dengar laungan semangat macam ni. 

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *