Nafkah Batin Saya Terabai Lepas Dapat Anak Dan Suami Tak Pernah Sentuh Sy. Bila Didesak, Jawapan Yang Suami Buat Saya Tak Keruan.

Assalamualaikum. Lagi beberapa hari genaplah 3 tahun saya dan suami berkahwin. Kami ada anak berumur 2 tahun, anak lelaki. Masalah saya sekarang ialah suami saya tak ada naffsu pada saya. Sejak awal kahwin lagi. Anak pun nasib baik dapat sorang tu. Kami jarak jauh. Pjj. 2 jam jarak perjalanan.

Tapi suami saya ni susah sgt balik jumpa saya dan anak. Sebulan sekali atau 6 minggu sekali baru dia balik. Tu pun sehari je balik. Bila dia ada kat rumah plak. Dia diam je. Kalau ada sesuatu saya cakap. Gaya dia respon tu macam org y tak suka.

Macam meluat je kat saya. Tp dgn anak ada la dia senyum2. Cakap elok dgn anak. Saya ada banyak juga tanya ustaz tengokkan. Kot ada kena sihir org buat ke. Tp ustaz2 smua cakap takde sihir. Tp masalah dgn dia sendiri je. Tp diorg tak cakap sbb apa.

Dia balik pun asyik main game je. Tak de nak bersembang atau bermesra dgn saya. Sesungguhnya saya sangat mendambakan perhatian seorang suami… nak bermanja slepas sekian lama tak jumpa. Tapi dia. Macam terpaksa je balik jumpa saya.

Bila malam plk. Saya ajak tido. Dia tak nak. Dia duk melayan game dia. Kalau dia masuk tido pun. Saya ni dibuat macam tunggul kat sebelah. Dia baring membelakangkan saya. Menghadap ke arah lain. Macam tu la sejak awal kahwin sampai skrg dh 3 tahun saya sabar. Kalau nk hbgn tu. Saya y asyik kena goda dulu. Kdg2 saya dh naik malu.

Suatu hari tu. Saya tanya dia. Knp dia macam tu. Tau apa dia cakap? Dia kata dia bukanlah macam lelaki normal y lain. Saya ajak mandi sekali dia tak nak. Nak urut2 badan pn tak nak. Tak suka katanya. Saya nak tengok ‘yang dia punya’ pun dia tak bg. Apatah lg nk sentuh. Dia tak suka.

Pelik betul suami saya ni. Then pada waktu y lain. Setelah didesak. Saya tanya lg. Kenapa layan saya macam ni?? Saya tak menarik ke bg dia?? Saya ada salah ke? Then dia cakap. Dia takde perasaan pada saya. Sbb tu tak bleh nk buat hbgn intim dengan saya. Hmm.

Dia kata dia kahwin dgn saya dlu pun sbb dh berjanji dgn ayah saya dulu. Sbb tu dia teruskan jugak kahwin dgn saya. Wlu kami dh pernah putus hbgn dulu. Kisahnya. Time belajar dulu. Dia baik dgn ustaz ni. Ustaz tu galakkan menikah awal smua tu. Dia pun time tu cari la calon isteri.

Dan kawan dia calonkan saya. Kebetulan mmg saya masa tu ada simpan perasaan pada dia. Bila dia cakap nk kenal. Saya pun etakcited la juga. Lepas seminggu kenal dia terus nak dtg jumpa ayah. Saya pun bgtau ayah ada org nk dtg merisik. Then lpas tu. Dia rasa serba salah. Teragak2 plak nak teruskan ke tak. Saya kata. Its ok. Since kita baru je lg.

Dia bru g merisik. Bkn bertunang or kahwin lg dgn saya. Sejak tu hbgn kami dh tak contact sgt dh. Tiba2 slepas setahun. Dia dtg balik. Dia kata dia nk masuk meminang. Saya mati2 ingatkan dia ada perasaan pd saya. Dan saya terima. Then kami kahwin.

Dah kahwin jadi macam ni plak. Dia tak hiraukan saya. Dia mmg tak pernah tinggi suara. Baik dgn mak ayah dia. Tp dia jenis pendiam. Kadang2 bila outstation belikan hadiah. Tp. Bila sampai dia abaikan nafkah zahir tak bg. Nafkah batin pun tak nak bg.

Rumah pun jarang balik. Bila balik pulak asyik main game. Dan baru2 ni pulak saya dpt tahu dia ada akaun fb lagi satu. Untuk kawan kerja dia saja katanya. Bila saya add dia. Dia block saya. Dia cakap takde kepentingan pun bgtau ttg fb tu. Apa maknanya?

Untuk pengetahuan. Hp dia pun mmg berpassword. Dan asyik tukar password tu.

Saya asyik makan hati selama ni. Sakit sangat. Dia mmg tak seksa saya secara fizikal. Bukan kaki pukul. Tp dia seksa mental saya. Seksa batin saya y perlu belaian sorg isteri.

Sekarang dia cakap. Better kita berpisah spya saya bleh cari lelaki y lebih baik. Tp saya kesian dgn nasib anak saya. Sedih mengenang nasib diri. Apa perlu saya buat? Kalau nk berpisah knp tak ceraikan saja saya? Suruh saya plk pegi pejabat agama.

Yang mana lebih senang? Pegi pejabat agama atau suami y lafazkan cerai? Saya buntu nak buat keputusan. Saya nk selamatkan hubungan ni sbb sayangkan dia. Tp dia. Tak kisah pun klu saya ni tak wujud dlm hidup dia. Tapi saya dh tak kuat lg. Kalau macam ni la layanan dia pada saya.

Sumber: ekisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *