Nora Ariffin Kongsi Nasihat Berguna Jaga Rumahtangga Dan Supaya Suami Tak Cari Lain

Penyanyi Nora Ariffin berkata dia sentiasa berpegang kepada pesanan dan nasihat ibunya dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Menurut Nora, 46, nasihat yang diberikan oleh ibunya, Wan Azizah Wan Ismail menjadi kunci kebahagiaan keluarganya, sekaligus mengelakkan daripada suami berlaku cur4ng.

“Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma (emak) selalu pesan nak jadi isteri yang baik… kena jaga makan pakai suami, jangan bagi orang g4ji yang buat.

“Taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu c0ntroI suami. Insya-Allah suami tak akan cari lain,” kata Nora. Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini berkongsi pesanan itu menerusi Instagram pada Selasa.

 

Bersama kapsyen tersebut turut disertakan fotonya bersama ibu yang kini berusia 80 tahun. Terdahulu, suaminya yang juga komposer Johan Nawawi meninggaI duni4 selepas dimasukkan ke sebuah puSat perub4tan di Subang Jaya pada 24 Mac 2017.

Nora merupakan antara selebriti yang kerap berkongsi tip dan nasihat kepada pengikutnya mengenai hal berk4itan rumah tangga. Dia turut berpesan supaya isteri sentiasa berbakti kepada suami sebagai lambang kasih dalam sesuatu perhubungan.

“Kepada yang masih ada suami, berbaktilah pada syurgamu dan jaga suami sebaik mungkin, walaupun dia tak $empurna. Berbakti pada suami bukan bererti kita orang g4ji. Ianya lambang kasih seorang isteri yang patuh pada suami. Kerana Allah… selain mendapat pahala, percayalah suami akan sentiasa bersama,” katanya. Sedikit info tentang Nora ataupun Nora Ariffin.

Wan Norafizah binti Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora atau kini Nora Ariffin merupakan seorang penyanyi yang mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits “Di Persimpangan Dilema” ciptaan Adnan Abu Hassan.

Beliau berasal dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan ini dilahirkan pada 26 Julai 1973. Nora mula mengorak langkah dalam dunia seni suara dengan menjuarai Bintang HMI pada tahun 1991.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar dan ig via arianarose

Leave a Reply