Pada Mulanya Mahkamah Putuskan Penceraian PU Abu Tidak Sah, Tapi Setelah Mereka Berpatah Balik Ke Mahkamah Akhirnya Jatuh Talak 2

KONFLIK perceraian Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan isterinya Ain ‘Afini Latif berkesudahan dengan jatuhnya talak dua walaupun pada mulanya mahkamah memutuskan penceraian mereka tidak sah.

Ia berikutan apabila PU Abu, 23, dan isterinya berpatah balik ke mahkamah semula ketika dalam perjalanan pulang selepas prosiding pada pagi Rabu bertujuan mengemukakan fakta tambahan bagi menyokong perceraian mereka.

“Ketika hakim buat keputusan (penceraian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya.

“Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan penceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan,” katanya ketika dihubungi mStar.

PU Abu bagaimanapun enggan berkongsi kenyataan tambahan itu yang dikemukakan kepada mahkamah.

PU Abu enggan berkongsi fakta tambahan berhubung penceraianya dan Ain ‘Afini.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

“Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai,” katanya.

Tambah PU Abu, bukti perceraian dia dan Ain ‘Afini hanya dapat dikongsi selepas memperoleh dokumen sah dalam tempoh sebulan daripada tarikh perceraian mereka didaftarkan pada Rabu.

AIN ‘AFNI

BEKAS ISTERI ABU SUFYAN

Sementara itu Ain ‘Afini ketika dihubungi mStar bagi menjelaskan kekeliruan itu mengesahkan mengenai maklumat yang disampaikan bekas suaminya itu.

“Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat pihak lelaki yang tak lengkap sewaktu perbicaraan pagi.

“Itu yang menjadi punca talak tak sah. Jadi kalau ikutkan mahkamah (keputusan) macam tu la… jatuh talak dua.

“Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana,” katanya.

Ain ‘Afini kini sedang hamil tujuh bulan.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu memutuskan penceraian PU Abu dan Ain ‘Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan personaliti itu tidak sah.

Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar dalam penghakiman memutuskan lafaz cerai dilakukan itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah dan perlu bersumpah.

Pada 28 Januari lalu, pasangan ini telah bercerai talak satu dan rujuk semula kira-kira sebulan kemudian.

Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

Ain yang kini hamil tujuh bulan dijangka bersalin pada 10 Julai depan.

Sumber: mstar

Leave a Reply