Pasangan Kembar Yang Cantik Ini Menjadi Viral Kerana Tamat Pengajian Di Universiti Harvard Dalam Masa Setahun!

Pasangan kembar dari China ini menjadi viral di China selepas menamatkan pengajian dari Universiti Harvard dalam masa satu tahun sahaja. Wow!

 

Kembar Sun Yumeng dan Sun Yutong mendapat ijazah dalam Pendidikan dari Harvard. Mereka berasal dari ibukota Jiangsu, Nanjing dan menamatkan pengajian sarjana mereka di Universiti Fudan di Shanghai.

 

Di sekolah menengah, pasangan kembar ini juga menyertai pasukan bina badan dan terus memenangi gelaran pembina badan peringkat kebangsaan. Fuh! Macam tak percaya..

Selepas cerita dan gambar mereka mula tular, orang ramai sangat kagum dengan kehebatan akademik mereka yang sangat mengkagumkan. Mereka seharusnya menjadi role model di mata dunia dan mempamerkan betapa kerja keras dan usaha sangat berbaloi.

Pada usia 23 tahun, kembar yang tidak dapat dipisahkan ini akan menuju ke tahap yang lebih menarik di masa depan dan mereka tidak sabar untuk memulakannya.

 

p/s: Wah memang hebat lah pasangan kembar ni, muka comel dan pandai pulak tu. Aduhai.. Cair hati min

Sumber: Koreaboo

kredit: kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *