Pelakon Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah

Terpalit dengan isu pendedahan Datuk Farid Kamil yang mendakwa 3 rakan selebriti menganiaya dirinya dengan sengaja memasukkan dadah dalam minumannya, pelakon Sofi Jikan semalam hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Walaubagaimanapun, Sofi ditahan pihak polis apabila didapati positif dadah jenis ganja. Difahamkan, dia akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.


Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berita ini. Adakah ia berkaitan dengan kes Farid ataupun tidak?

Sofi Jikan enggan ulas laporan polis dibuat Farid Kamil

KUALA LUMPUR – Pelakon Sofi Jikan mendakwa dirinya tahu tentang kemurungan dan masalah yang dihadapi oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sehingga lelaki itu bertindak ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, pelakon filem KL Gangster enggan mengulas tentang laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.


Sebagai rakan rapat yang sentiasa bersama, Sofi menyifatkan Farid ‘sedang sakit’ ketika membuat laporan polis pada 31 Januari lalu berhubung rentetan kejadian itu.

“Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.

Advertisement

“Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

 

sumber: kosmo online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *