Penunggang motosikal tak berhelmet, potong di garisan berkembar, kemalangan

Penunggang motosikal tak berhelmet, potong di garisan berkembar, kemalangan

Seorang penunggang motosikal wanita cedera selepas motosikalnya bertembung dengan motosikal lain ketika memotong di jalan garisan berkembar.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.47 petang Isnin di Seberang Jaya, Pulau Pinang, sempat dirakam dashcam kereta saksi.

Berdasarkan video tersebut, mangsa yang tidak memakai topi keledar dilihat cuba memotong kereta saksi di jalan garisan berkembar, tetapi bergesel dengan sebuah motosikal dari arah depan.

Mangsa yang hilang kawalan lalu terjatuh dan bergolek beberapa kali serta kakinya ditimpa motosikalnya sendiri.

Saksi nyaris terlanggar mangsa, namun sempat memberhentikan kenderaannya sebelum keluar dari kereta melihat keadaan mangsa yang dikerumuni beberapa orang awam yang mengangkat mangsa ke tepi jalan.

Menurut saksi, dia hampir dituduh melanggar mangsa tetapi mujur penunggang motosikal yang bergesel dengan mangsa tadi berpatah balik dan menjelaskan kejadian sebenar.

Tidak diketahui keadaan mangsa yang terkini, namun orang ramai terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak menunggang secara berbahaya dan patuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Sumber the reporter

Komen netizen

Kalau accident jgn angkat..paling kuat pon alihkan bagi dia baring elok2..kalau ada spine patah ke tulang mana yg patah tercucuk organ ke..then kita ubah ..mmg boleh lg critical o

Spttnya xleh alih mangsa tu.. Nmpk macm ada cervical spine injury… Sbb cara alih tu blh mybbkn mangsa jd lg teruk

Terima kasih pd driver kreta yg rakam video ni.. pemandu wanita cina.. terus keluar kereta.. tgk jam..(mungkin otw nak pg kerja).. terus call 999..👍👍👍👍

Ramai org kita masih belum ada kesedaran tentang bahaya mengangkat mangsa kemalangan…. boleh mengakibatkan lumpuh jika tak kena caranya.. biar para medic yg angkat…

jgn sentuh mangsa kemalangan 1)kita xtau apa keadaan mangsa 2) kita xtau jika mngsa ada apa2 penyakit bersentuhan dgn kulit kita atau mangsa bleeding….

Suh polis ambil tindakan memotong di garisan berkembar, tidak menggunakan topi kaledar, memandu secara berbahaya. Cuba tengok orang yang disenggol tu mcm mana? Kesian kat orang tu. Terpalit dek kebodohan orang lain.

Sumber : Memori Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *