Persis Model! 5 Foto Terbaru Meadow Walker, Anak Paul Walker Yang Kini Semakin Menawan & ‘Hot’…

Anak perempuan Paul Walker, Meadow Walker, kembali semula aktif menggunakan media sosial Instagram. Enam tahun selepas pemergian Paul pada tahun 2013, Meadow membesar menjadi wanita cantik dan menjadi tumpuan banyak media. Mengikut jejak langkah ayahnya, Meadow juga menyertai dunia hiburan dalam dunia modelling.

Bagi mereka yang ingin tahu bagaimana rupa dan gaya Meadow sekarang, berikut 5 gambar terbaru Meadow yang di ambil dari Instagramnya.

Meadow dilahirkan pada tahun 1998 oleh seorang wanita dan kekasih Paul bernama Rebecca McBrain. Walaubagimanapun, ketika Meadow berusia hanya 2 tahun, terpaksa berpisah dari ayahnya untuk masa yang sangat lama. Ini kerana hubungan hubungan Paul dan Rebecca terkandas pada saat itu.

Namun, 2 tahun sebelum pemergian Paul, media lantas merasa terkejut tatkala melihat Paul mula akrab dengan anak kandungnya itu. Anak-beranak ini sering terlihat meluangkan masa bersama-sama. Difahamkan setelah lama tinggal bersama ibu, Meadow memutuskan untuk hidup bersama ayahnya di California.

Saat kematian Paul, Meadow lantas menghilang dan tak dapat memberi keterangan apapun. Namun menurut sumber yang ada, Meadow diketahui menderita dan sangat sedih dengan khabar ini.

Seperti yang dilaporkan oleh TMZ, selepas kematian Paul, Meadow disahkan mewarisi harta bapanya yang berjumlah kira-kira RM83 Juta.

Sumber: hangat

Leave a Reply