Persis Model. Inilah Wajah Cantik Anak Perempuan Mr. Bean Yang Anda Tak Pernah Lihat, Tak Sangka Langsung!

Siapa yang tidak kenal dengan Mr. Bean. Lagenda yang sering mengundang gelak tawa dengan tingkah laku serta wajah aneh yang lucu.

Mr. Bean sering kelihatan lucu dan bebal dalam filem tetapi ianya berbeza sama sekali dengan kehidupan sebenar. Mr. Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson ini ternyata memiliki anak gadis yang sangat cantik dan juga berbakat.

Hasill daripada perkahwinan dengan bekas isterinya Sunetra Sastri, Atkinson dikurniakan dengan satu anak gadis serta satu anak bujang. Namun begitu, yang menjadi perhatian sekarang ini adalah anak gadisnya yang bernama Lily Atkinson kerana wajahnya menawan.

Lily yang kini berusia 20 tahun dan ia juga berbakat dalam dunia hiburan. Pernah membintangi filem bersama ayahnya di dalam filem Bean’s Holidau dan Johnny English Reborn.

Namun begitu, Lily tidak berniat untuk menjadi artis sebaliknya ingin menjadi penulis lagu. Gadis ini sudah mula menyanyi, menulis dan menari seawal usia 5 tahun lagi dan menunjukkan bakat dengan tampil di beberapa acara ketika berusia 14 tahun.

Mr.Bean jadi bapa lagi pada usia 62 tahun

PELAKON watak Mr.Bean, Rowan Atkinson, bakal menjadi bapa buat kali ketiga pada usia 62 tahun.

Pasangannya, Louise Ford, yang juga seorang pelakon, dilaporkan akan melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Ford, 33, mengenali Atkinson ketika mereka terbabit dalam satu pementasan teater di West End pada 2012.

Atkinson bercerai dengan Sunetra Sastry pada 2014, dan mula keluar bersama Ford beberapa minggu selepas itu.

Menurut sumber seperti yang dipetik dalam laporan The Mirror, Atkinson sudah tidak sabar untuk menyambut orang baru dalam hidupnya.

“Sudah lama dia (Atkinson) tidak merasai perasaan itu. Sekali lagi menjadi bapa selepas bertahun-tahun, tentu dia sangat teruja,” kata sumber itu.

Bersama bekas isterinya, Atkinson memiliki dua anak, Ben, 23, dan Lily, 21.

Sebelum ini, hubungan Atkinson dengan anak-anaknya, terutamanya Lily, dilaporkan tegang selepas Atkinson dikatakan tidak merestui kerjaya anak perempuannya itu sebagai penari burlesque.

Mr. Bean Gila Kereta

SEBUT sahaja Mr. Bean pasti seluruh dunia tergelak mengingatkan watak seorang lelaki lurus bendul yang lucu dengan kereta mini berwarna kuning. Keberkesanan membawakan watak tersebut menjadikan Sir Rowan Sebastian Atkinson, 63, sebagai tokoh komedi sepanjang zaman.

Watak lelaki ‘bodoh dan lembap’ dalam setiap karakter lakonannya cukup sinonim dengan dirinya sehinggakan ramai yang menyangka itulah dia yang sebenar di luar. Telahan tersebut tidak benar sama sekali kerana dia sebenarnya seorang yang bijakn berpendidikan tinggi dan agresif dalam dunia permotoran.

Memiliki nilai kekayaan sebanyak $130 million (RM509 juta) hasil daripada filem dan lakonan dalam siri televisyen popular serta royalti atas jenama Mr. Bean, maka tidak hairanlah aktor yang dilahirkan di Consett, County Durham, England mampu meneruskan minatnya untuk memiliki himpunan kereta mewah daripada pelbagai model terkemuka dunia.

Minatnya bermula pada tahun 1981. Ketika itu dia mengambil lesen memandu lori kerana baginya lori memiliki daya tarikan tersendiri. Kepakaran pemanduan di luar itu turut digunakan dalam kebanyakan drama komedi lakonannya antaranya The Driven Man.

Ramai yang menyangkakan ia sekadar lakonan tetapi sebaliknya. Setiap aksi pemanduan banyak dilakukan sendiri. Tidak cukup itu, dia juga pernah menggunakan keretanya untuk turut serta dalam beberapa perlumbaan seperti Henry Birkin dalam siri televisyen Full Throttle pada tahun 1995.

Pun begitu lama kelamaan minatnya terhadap lumba kereta mula bercambah kepada hobi mengumpul kereta mewah pula. Koleksinya mencecah harga jutaan ringgit. Antara model kereta yang dimilikinya Mc Laren F1, Acura NSX, Audi A8, V8 Aston Martin Vantage Zagato, Aston Martin DB2, Cherry 1939, BMW 328, Skoda Superb dan banyak lagi.

Namun dalam banyak koleksi bintang filem Johnny English Reborn ini kereta Mc Laren F1 paling disayangi dan turut mempunyai sejarah pahit dan manis untuk dikenang. Kereta yang berkelajuan 387 kilometer sejam itu dibeli dengan harga 540,000 pound (RM2.9 juta) pada 1997.

Dengan kereta tersebut, Rowan pernah mengalami dua kali kejadian kemalangan ngeri. Kali pertama pada tahun 1999 apabila berlanggar dan mengalami kerosakan teruk. Ramai yang menyangkakan aktor tersebut cedera parah berdasarkan keadaan kereta namun sejurus kemalangan dia hanya melangkah keluar sambil tersenyum.

Beberapa tahun selepas itu pada Ogos 2011, sekali lagi dia terlibat dalam kemalangan di Cabus, berhampiran Garstang, Lancashire. Kereta tersebut dilaporkan hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok. Kemalangan yang serius itu mengakibatkan keretanya itu terbakar.

Namun kerana terlalu menyayangi kereta itu, Rowan mengambil keputusan untuk membaikinya semula. Ia mengambil masa selama satu tahun sehingga melibatkan pembayaran insurans sebanyak RM4.5 juta iaitu yang terbesar dalam sejarah di Britain.

“Pada tahun 2015 dengan berat hati saya mengambil keputusan untuk menjual kereta tersebut. Bagaimanapun hasil jualannya telah memberi keuntungan berganda,” ujarnya yang turut menulis artikel tentang kereta dalam Majalah Car dan Majalah Evo.

Pada Julai 2001, aktor itu juga pernah melanggar Aston Martin V8 Zagato dalam acara Aston Martin Owners Club di Racing Circuit Croft, Darlington namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara pada Julai 2011, dia muncul sebagai Star in a Reasonably Priced Car dalam acara Top Gear, memandu Kia Cee’d dengan catatan trek dalam 1: 42.2, dan muncul tempat pertama.

Watak Mr. Bean berhasil

Menurut The Observer, Rowan adalah salah seorang daripada 50 manusia paling kelakar di Hollywood. Aktor ini telah pun mencipta karakter Mr. Bean pada awal tahun 1980-an ketika dia masih menuntut di University Oxford, London.

Menyingkap kehidupannya sebagai pelakon, anak bongsu daripada empat orang adik-beradik ini ialah anak kepada seorang penternak, Eric Atkinson manakala ibunya Ella May merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sejak dari kecil dia merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dalam pelajaran.

Mendapat pendidikan di Sekolah Durham Choristers, Sekolah St. Bees dan Universiti Newcastle, ijazah pertamanya adalah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kemudian dia menyambung pelajaran di The Queen’s College, Universiti Oxford dan menerima Felo Kehormat pada 2006.

Kejayaan dalam pelajaran turut sama dikecapi dalam bidang seni, menerusi kerjasama dengan Angus Deayton dalam rancangan-rancangan berunsur komedi sedikit sebanyak telah membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang penulisan dan radio. Walaupun pernah ditawarkan siri televisyen sendiri ketika awal kemunculannya pada tahun 80-an namun dia menolak secara baik.

“Saya bekerjasama dengan John Lloyd menerusi Not The Nine O’Clock News dan kejayaan rancangan tersebut membawa saya berlakon sebagai Edmund Blackadder menerusi The Black Adder pada 1983. Satu momen yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini,” ujar Rowan dalam satu temubual pada awal tahun 2000.

Kerjasama di antara John Lloyd diteruskan lagi dan kehadirannya dilihat semakin menyerlah dalam rancangan komedi Mr. Bean. Rancangan tersebut juga membuatkan dirinya dikenali sebagai Charlie Chaplin moden dan dalam masa yang sama panggilan itu menjadi lebih popular daripada nama sebenarnya.

Kejayaan siri komedi yang banyak menggunakan mimik muka dan pergerakan badan ini juga akhirnya turut diangkat sebagai filem iaitu Mr. Bean & Mr. Bean’s Holiday. Selain Mr. Bean antara filem yang membawanya kepada kemasyhuran adalah komedi sketsa BBC Not the Nine O’Clock News.

Antara anugerah yang pernah dirangkul olehnya adalah BAFTA 1981 bagi Persembahan Hiburan Terbaik melalui penyertaannya di The Secret Policeman’s Ball dari 1979. Selain BAFTA, aktor hebat ini turut menerima Anugerah Olivier 1981 untuk persembahan teater West End Rowan Atkinson in Revue.

Selain daripada itu, Rowan juga turut dianugerahkan gelaran kehormatan ‘Sir’ oleh kerajaan Britain semasa ulang tahun kelahiran ke-87, Ratu Elizabeth pada 2013.

Walau bagaimanapun pada November 2012, Rowan Atkinson berhasrat untuk bersara dari Mr. Bean. Pengundurannya daripada jenama yang telah sekian lama melekat dengan jiwanya itu ternyata bukan sahaja mengundang kesedihan dalam dirinya bahkan peminat-peminat di seluruh dunia.

“Barangan yang paling komersial dan berjaya untuk saya pada dasarnya agak kebudak-budakan dengan usia sekarang. Saya semakin merasakan banyak melakukan kekurangan. Seseorang yang berumur 60-an terpaksa berlakon menjadi kanak-kanak adalah suatu hal yang sangat menyedihkan,” ujarnya kepada Telegraph Daily.

 

Kehancuran rumah tangga

Merupakan selebriti yang cukup berahsia tentang kehidupan peribadinya. Rowan mendirikan rumah tangga dengan Sunetra Sastry pada Februari 1990 dan mempunyai dua orang anak iaitu Ben, 25 dan Lily, 23. Percintaan mereka bermula pada akhir 1980-an ketika Sunetra bekerja sebagai jurusolek artis dengan BBC.

Lebih 20 tahun mendirikan rumah tangga, pada tahun 2015 isterinya mengambil keputusan untuk berpisah. Punca perpisahan mereka adalah kerana kecurangan Rowan yang bertindak menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon komedi bernama Louise Ford.

Rowan dan Louise, 35, berkenalan ketika pementasan di West End pada tahun 2013 dan mula menjalinkan hubungan pada tahun 2014. Aktor tersebut juga dikatakan mula tinggal berasingan dengan isterinya sejak Februari 2014 dan berpisah secara sah pada 10 November 2015.

“Bekas isterinya memberi alasan kepada mahkamah bahawa Rowan curang dan berkelakuan tidak munasabah dengan Louise. Serentak dengan itu Sunetra meminta kebebasan dengan mahkamah dalam satu prosedur yang hanya mengambil masa 65 saat sahaja,” ujar sumber terdekat pasangan itu.

Setelah berpisah, Atkinson berpindah ke rumahnya yang bernilai RM50 juta di Utara London. Beberapa ketika selepas itu, dia dan teman wanitanya mengumumkan hubungan mereka kepada orang ramai dan mereka dikatakan sedang hidup berbahagia dan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat. – MHETV

Sumber: sinar

Via: sweetnutella

Dan: mhetv

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *