Rahsia Awet Muda Nasir Wahab Didedahkan Oleh Anak Saudaranya Aliff Satar

Siapa tak kenal dengan penyanyi 80an, Datuk Nassier Wahab yang bersuara lunak dan sentiasa menarik tumpuan peminat dek kerana sentiasa kelihatan awet muda dan kekacakkannya tak di mamah usia. Nassier juga merupakan antara selebriti yang terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal beliau yang memukau. Antara penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.

 

Kalau korang nak awet muda macam Datuk Nassier ni mungkin boleh cuba tip yang dikongsikan oleh beliau ini.

 

Nassier juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan. Mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca Surah Yusuf.

Perkara itu diakui sendiri oleh anak saudaranya yang juga penyanyi Alif Satar, memuatnaik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak. Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

“Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf dan itu menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak.

“Sudah tentu salah seorang wira muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier!” tulis Alif menerusi Instagram miliknya.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini. Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah. Penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ itu juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

Jadi kalau nak awet muda macam Nassier Wahab mungkin korang boleh cuba amalkan surah Yusuf ni kan.

 

Dan dalam pada itu, Penyanyi Datuk Nassier Wahab sendiri mengakui tidak mempunyai rahsia dalam mengekalkan wajah awet muda.

Menurut laporan Astro Awani, Nassier berkongsi beberapa amalan yang dilakukan olehnya yang kini sudah berusia 57 tahun.

“Sebenarnya yang paling penting dalam mengekalkan wajah awet muda ini, ialah bermula dengan pemakanan.

“Jaga hubungan dengan Allah. Dekatkan diri kita dengan Allah kalau boleh solat tepat pada waktunya, jangan tinggal sembahyang, rajin-rajin baca Al-Quran, baca kisah-kisah Nabi (kerana) banyak beri panduan. It’s a guide to us,” katanya.

Dalam masa sama, Nassier juga memberi penekanan mengenai kepentingan bergaul dengan persekitaran yang positif.

Kata Nassier, pergaulan dengan orang-orang positif memberikan kesan yang baik kepada dirinya.

Nassier juga mengakui tidak terlepas daripada dibelenggu oleh tekanan namun beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengurus isu itu.

Pendekatan Nassier dalam mengurus tekanan ialah bersikap positif dan reda selain tidak melarikan diri daripada masalah.

Penyanyi lagu Memori Cinta Luka itu memberitahu, beliau juga sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada dikelilingi oleh individu-individu yang membawa pengaruh negatif.

“Elakkan daripada berjumpa dengan orang-orang yang boleh beri kita stres, jadi saya sering berdoa kepada Allah untuk jauhkanlah orang yang sering beri masalah kepada aku,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Nassier juga menjalani gaya hidup yang sihat selain tidak terlepas melakukan senaman ringan setiap hari.

Sempena bulan puasa, Nassier turut berkongsi amalan pemakanannya pada bulan Ramadan yang cukup sederhana.

Katanya, memandangkan beliau mempunyai penyakit gastrik, justeru menjadi keperluan baginya menjamah nasi ketika waktu sahur selain mengelakkan sajian pedas.

Sumber:astrogmpak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: maskulin via Sweetnutella via soyalemon

Leave a Reply