Rasa nak habis nafas dah,mangsa kenderaan pacuan 4 roda menceritakan detik cemas sebelum mereka diselamatkan

BAGAI m4ati hidup semula. Itu perasaan digambarkan mangsa yang nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki lima sekeluarga terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan di Kuala Terengganu, malam tadi.

Nurdiana Alwani Jaafar, 33 berkata, dia sudah membayangkan mati ketika kenderaan itu terjunam dan tenggelam, namun masih berusaha untuk menyelamatkan anaknya, Iman Nur Hana Lutfia Mohamad Amiruddin, 3, yang duduk di ribanya di tempat duduk penumpang hadapan, daripada lemas.

Menganggap kejadian itu satu keajaiban buatnya dan keluarga apabila terselamat, ibu tunggal itu berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam masa singkat kenderaan itu sudah tenggelam ke dasar dengan keadaan terlalu gelap.

“Selepas kereta terjunam ke dalam sungai, saya dan ibu tiri, Suryati Rusly, 37, segera membuka tingkap di bahagian kiri dan kanan tempat duduk hadapan, pada masa sama nampak ada orang terjun untuk membantu menyelamatkan kami.

“Kereta sudah hampir tenggelam, datang seorang lelaki di tepi tingkap lalu saya segera menghulurkan Iman Nur Hana untuk diselamatkan.

“Ketika itu, saya hanya fikir mahu menyelamatkan anak dan menganggap ini pengakhiran hidup kami,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.

Ketika ini, empat daripada lima mangsa iaitu Suryati; Nurdiana; Asmaa Rusly, 23, dan Iman Nur Hana Luthfia, masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan stabil, manakala Syafawani Syazwani Jaafar, 11, sudah dibenarkan pulang.

Nurdiana Alwani berkata, beliau sudah berputus asa untuk menyelamatkan diri, namun apabila melihat kesungguhan ibu tirinya menyebabkan mereka saling memberi semangat antara satu sama lain.

“Di bawah itu (dasar sungai) tak nampak apa dah. Kita pun tak fikir banyak kecuali mati. Tetapi saya nampak ibu tiri berusaha membuka tingkap untuk keluar lalu saya pun cuba melakukan hal sama.

“Malangnya tingkap tersekat dan tidak boleh diturunkan lagi. Dalam masa sama tekanan air juga kuat menyebabkan usaha membuka pintu kenderaan tidak berjaya.

“Namun, kami tidak putus asa dan masih cuba menurunkan tingkap… Alhamdulillah kami semua akhirnya berjaya keluar daripada kenderaan.

“Rasa nak habis nafas dah sebelum kami dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya yang bekerja di sebuah bank.

Sementara itu Suryati berkata, ketika menurunkan brek tangan untuk menggerakkan kenderaan, beliau menyangka sudah menukar kepada kedudukan gear D, namun rupanya kereta masih berada dalam kedudukan gear mengundur.

“Disebabkan itulah kereta meluncur laju ke dalam sungai. Hanya Allah tahu perasaan ketika itu apatah lagi ketika sudah berada di dasar sungai dalam keadaan gelap gelita, terpaksa menahan nafas dan perlu berusaha untuk menyelamatkan diri.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang awam yang membantu menyelamatkan kami.

“Sudah tentu kami sedih mengetahui seorang daripadanya masih hilang dan kami berdoa semoga dia segera ditemui.

“Saya memang mahu berjumpa dengan ahli keluarga mangsa tetapi kami masih dirawat di hospital. Insya Allah, jika diizinkan, memang saya mahu berjumpa dengan ahli keluarga mangsa,” katanya sayu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam tadi, lima sekeluarga nyaris lemas selepas pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki meluncur sebelum terjunam ke muara sungai.

Sumber:hmetro

‘Yang aku takut jika 4jal tiba dulu…’ – Status Facebook Abdul Bari undang sebak

KUALA TERENGGANU – Status mengenai kemaatian yang dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd mengundang tanda tanya.

Status itu dilihat berada di akaun Facebook pemuda berusia 31 tahun itu pada 14 November 2018 menimbulkan persoalan.

Status berkenaan mengundang simpati orang ramai dan kebanyakan netizen mendoakan supaya usaha mencari pemuda itu dipermudahkan.

Abdul Bari menulis “yang aku takut, jika 4jal yang tiba dulu. #Soal jodoh, siapa kita rahsia ALLAH. #Cepat atau lambat jee” selepas berkongsi satu hantaran Facebook.

Abdul Bari yang berasal dari Kampung Panji, disini, dikhuatiri lemas selepas gagal naik ke darat sebaik menyelamatkan empat man gsa di dalam kenderaan pacuan empat roda yang tenggelam di Pulau Warisan, malam tadi.

Selain Abdul Bari, empat lagi lelaki turut membantu menyelamatkan man gsa, namun, kesemua mereka berjaya berenang ke tebing sungai.

Hilux terjun sungai di Pulau Warisan, seorang dipercayai lemas

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, 9.30 malam tadi.

Difahamkan, mangsa, Abdul Bari Arshad, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum Mitsubishi Storm diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan terjunam ke dalam sungai.

Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat.

Lima penumpang dalam kenderaan itu turut selamat.

Menurut ibu mangsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.

“Pagi tadi, awal-awal lagi dia sudah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Masitah, beliau hanya mengetahui tentang kejadian malang itu selepas dimaklumkan suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada 10 malam.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian.

Sumber:kotakmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *