“Rasa Nak Menangis Dapat DM Dari Aliff Syukri” – Kenapa Tu Heliza Helmi?

Penyanyi Heliza Helmi menerima mesej secara peribadi dari jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu menderma sejumlah wang kepada mangsa peperangan di Syria.

Perkara itu dikongsi Heliza menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya buat tatapan umum.

 

Dalam mesej yang dikirim Aliff menerusi ruangan Direct Message di IG itu, dia bertanyakan Heliza sama ada masih sempat menderma wang dan akan memaklumkan Heliza setelah wang telah dipindahkan ke akaun bank yang berkenaan.

 

“Ya Allah, rasa nak menangis terima DM dari Datuk untuk membantu mereka di Syria.

“Ya Allah, berikanlah Datuk dan ahli keluarganya dan insan-insan sekelilingnya yang terbaik di sisimu di dunia dan akhirat, beliau hambaMu yang sangat prihatin,” tulis Heliza.

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Sumber:astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *