‘Respect” – Netizen Kagum Dengan Layanan Baik Orang Thailand Pada Penyokong Malaysia

Seperti yang kita semua tahu, malam ini merupakan perlawanan akhir antara pasukan Malaysia dan Thailand, jadi sudah semestinya akan ada sedikit ‘perbalahan’ diantara penyokong skuad Harimau Malaya dan Gajah Perang.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian admin hari ini adalah kejadian ‘aneh’ yang terjadi sebelum perlawanan ini.

Fans Thailand, dia belanja air kat semua orang.

Sumber : Twitter

Ya lah, biasanya kalau bab-bab perlawanan lebih-lebih lagi di peringkat akhir pasti masing-masing akan tunjukkan ‘belang’ untuk mempertahankan pasukan mereka. Bahkan sampai berlaku kekecohan lagi.

Tapi kali ini lain, viral di Twitter beberapa jam lepas dimana salah seorang penyokong Thailand siap belanja minum kepada semua fans-fans Malaysia yang dah tunggu berjam-jam lamanya dibawah panas terik.

 

Netizen kagum

Biarpun baru beberapa jam, Tweet ini telah meraih lebih 1,000 retweets dan like rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum. Kan bagus macam ni, harap malam ni tak tercetus sebarang kekecohan la ye!

Sumber:lobakmerah

Harimau Malaya bergaya ke final

Kemenangan sebentar tadi menyaksikan skuad kebangsaan melangkah ke pentas final Piala AFF Suzuki buat kali keempat selepas 1996, 2010 dan 2014. – Foto oleh AFP

Harimau Malaya melangkah ke pentas final Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan penuh dramatik apabila bangkit sebanyak dua kali untuk meraih keputusan 2-2, sekali gus menyingkirkan juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Keputusan tersebut sudah cukup buat Malaysia menempah perlawanan akhir menentang sama ada Vietnam atau Filipina berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pada aksi malam tadi, skuad Gajah Perang nyata memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila dua kali mendahului perlawanan menerusi jaringan Thitipan Puangchan pada minit ke-18 dan Pansa Hemviboon (m-63).

Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe tidak patah semangat apabila melakukan dua kebangkitan bergaya selepas Muhammad Syahmi Safari melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-28, sebelum Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menyamakan jaringan 2-2 pada minit ke-70.

Ketika Malaysia hampir melangkah ke final, anak-anak buah Milovan Rajevac dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Muhammad Syahmi, namun Adisak Kraisorn gagal menyempurnakannya apabila bola sekadar melewati palang gol.

Kemenangan sebentar tadi menyaksikan skuad kebangsaan melangkah ke pentas final Piala AFF Suzuki buat kali keempat selepas 1996, 2010 dan 2014.

Kejayaan mara ke pentas final membuka peluang buat skuad negara untuk menjulang kejuaraan kali kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menewaskan Indonesia 3-2. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *