Haqiem Rusli Dituduh Biadap Kerana ‘Rampas’ Mikrofon Peserta

Sejak kes depresi nya yang lalu, nampaknya penyanyi Haqiem Ruslisudah ‘bangkit’ dan kini kembali aktif menyanyi.Malah terbaru, dia dilihat menjadi salah seorang panel jemputan bagi sebuah rancangan realiti terbaru, I Can See Your Voice Malaysia.

Netizen Dakwa Haqiem Rusli Biadap

Namun begitu, di media sosial terdapat segelintir netizen yang mengkritik sikap Haqiem ketika rancangan itu sedang berlangsung dimana dia didakwa mencuri tumpuan penonton dengan bertindak memperbetulkan nyanyian salah seorang peserta yang menyanyikan lagunya, Tergantung Sepi. Malah kerana sikapnya itu, ada yang mendakwa Haqiem seperti biadap kerana meluru ke atas pentas dan menyanyikan lagunya sendiri.

 

Haqiem Mohon Maaf

Jika menurut situasi sebenar, tindakan Haqiem memperbetulkan nyanyian peserta itu bukanlah disengajakan.

Menerusi beberapa video rakaman, jelas kelihatan sebenarnya terdapat beberapa orang juri termasuk Mark Adammeminta Haqiem naik ke atas pentas untuk betulkan nyanyiannya.

Meskipun dikecam, Haqiem dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada semua dan turut mengaku akan kesilapannya. Hasil carian kami, akaun twitter yang sama juga telah memberi pelbagai kecaman kepada penyanyi ini sewaktu kontroversi mengenainya hangat diperkatakan.

Sumber:hangat.com

‘Kita Nak Have Fun Je’ – Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Kurang Ajar

Penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi dipalit dengan kontroversi insiden merampas mikrofon dari salah seorang peserta program I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan minggu lepas. Tindakan tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati netizen dan menganggap penyanyi ini bersifat kurang ajar.

Ini respon Haqiem Rusli terhadap tindakannya itu yang telah didakwa mempunyai masalah sikap. Siap Jihan Muse bagi kata-kata buat Haqiem Rusli.

Kita nak have fun je

Mereka tidak tahu maksud ‘program’

Penyanyi ini memberi respon terhadap kecaman yang dilontarkan netizen di media sosial. Netizen menyifatkan Haqiem Rusli bertindak ‘biadap’ apabila merampas mikrofon daripada peserta rancangan tersebut.

Abaikan saja haters

Sementara itu, salah seorang panel jemputan rancangan tersebut Jihan Muse turut memberi respon dan kata semangat buat penyanyi Tergantung Sepi itu.

Sumber: Haqiem Rusli.

Sumber;ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *